Tarikh             08 Mac 2024
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  NaDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi latihan menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan baik.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk melayari laman web ABCYA dan membuka permainan pendidikan yang berorientasikan latihan menaip serta penggunaan tetikus iaitu Keys & Carrots dan Wordsearch Challenge. Menerusi permainan Keys & Carrots, peserta perlu menaip perkataan yang dipaparkan pada skrin bagi menyelesaikan cabaran pada setiap tahap. Manakala bagi Wordsearch Challenge, peserta perlu menggerakkan kursor tetikus bagi mewarnakan kotak huruf yang membentuk satu perkataan penuh seperti yang diberikan pada senarai perkataan yang perlu dicari. Disamping melengkapkan cabaran mereka, para peserta dapat melatih diri untuk menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan lebih cekap.

Gambar Disini

 

Tarikh             15 Mac 2024
 Masa   4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  NaDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi bimbingan membuat tempahan "Pick up" parcel menggunakan kurier Ninjavan.

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan terhadap laman web Ninjavan Dashboard yang membolehkan pengguna untuk membuat tempahan perkhidmatan mengambil bungkusan dilokasi perniagaan / PUDO centre. Peserta dibantu untuk mendaftar akaun, log masuk dashboard, pengenalan serta fungsi-fungsi paparan di halaman utama. Petugas juga membimbing peserta untuk membuat contoh tempahan dengan menaip input alamat pengirim dan penerima. Secara asasnya, peserta sudah mendapat gambaran sebenar tentang cara menggunakan sistem untuk membuat tempahan sendiri.

Gambar Disini

 

Tarikh             16 Mac 2024
 Masa   11.00 Pagi - 12 Tengahari
 Lokasi  NaDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas microsoft word dan pendedahan format membuat surat rasmi.

Aktiviti

Petugas menerangkan tentang fungsi asas yang terdapat di microsoft word bagi menjadikan hasil menaip nampak kemas, tersusun dan mengikut format. Selain itu, petugas juga memberikan contoh format surat rasmi pada helaian kertas dan peserta dikehendaki menaip surat seperti rujukan yang diberikan. Pada akhirnya, peserta dapat menyiapkan tugasan surat rasmi masing-masing dengan baik.

Gambar Disini

Tarikh             11 Mac 2024
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  NaDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Pendedahan kaedah pembungkusan parcel dengan baik.

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang perkhidmatan kurier ninjavan doorstep pickup & PUDO kepada peserta. Kemudian, petugas menunjukkan sampel parcel bersaiz S (Small) dan M (Medium) yang boleh digunakan untuk pembungkusan item. Peserta diberikan panduan dan tips untuk membungkus parcel dengan baik agar ia selamat dari kerosakan semasa penghantaran kepada pelanggan.

Gambar Disini

Tarikh             12 Mac 2024
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  NaDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi bimbingan asas penghasilan "copywriting" Facebook menggunakan teknologi ChatGPT. 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang kepentingan menggunakan kaedah copywriting yang menarik dalam mempromosikan produk jualan atau perkhidmatan yang diniagakan oleh usahawan pada platform yang sesuai. Peserta dibimbing untuk mendaftar akaun baru ChatGPT dan didedahkan terhadap kaedah untuk menjana contoh copywriting menarik dengan memasukkan input yang diperlukan bagi promosi produk. Setiap peserta berjaya menjana contoh copywriting bagi promosi jualan dan berkongsi dengan peserta lain akan hasil yang mereka perolehi.

 

Gambar Disini