Tarikh             16 Mac 2024
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  NaDi Peket 100
 Peserta  30 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan secara amali kepada peserta tentang konsep kestabilan dan kekuatan di dalam sains.

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan dan arahan sebelum memulakan aktiviti.

2. Video demonstrasi aktiviti daripada sumber Youtube juga ditayangkan agar peserta lebih faham tentang cara untuk menjalankan amali.

3. Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua.

4. Semua kumpulan diberikan bahan untuk aktiviti seperti cawan polisterin, getah dan tali rafia.

5. Peserta dikehendaki untuk membina menara yang paling tinggi dan stabil mengikut kreativiti tanpa memegang cawan menggunakan tangan, namun harus menggunakan getah dan tali yang diberikan sahaja.

6. Kumpulan yang dapat menghasilkan menara yang paling kukuh dan stabil dikira sebagai pemenang.

Menerusi aktiviti ini, peserta dapat memahami bahawa faktor ketinggian dan luas tapak mempengaruhi kestabilan sesuatu objek dan binaan. Selain daripada pengayaan program STEM, peserta juga dapat melatih sikap kerjasama, kepimpinan serta menunjukkan kreativiti dan daya menyelesaikan masalah.

 

Gambar Disini