1. PEKAN BAGAN NAKHODA OMAR

Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pekan kecil yang berada di dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Pekan ini terletak 9 kilometer dari pekan Sabak Bernam. Sesuai dengan namanya, pekan ini terletak berhampiran pantai dan kampung nelayan. Bagan Nakhoda Omar merupakan destinasi bagi penggemar aktiviti memancing. Terdapat pelbagai kemudahan chalet, homestay dan medan selera untuk para pengunjung yang datang berkunjung ke sini. Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar telah dibuka pada tahun 1918.

2. PETA BAGAN NAKHODA OMAR

 Peta Kedudukan Pekan Bagan Nakhoda Omar yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai.

3. PENTADBIRAN

Kawasan Parlimen

Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar terletak dalam kawasan Parlimen Sabak Bernam. Ahli Parlimen kawasan Sabak Bernam ialah YB Kalam Bin Salam . 

download

Nama           : YB Kalam Bin Salam 
Email   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Telefon   : 
Parlimen  : P092 - Sabak Bernam

 Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Terdapat 2 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Sabak Bernam iaitu N01- Sungai Air Tawar dan N02- Sabak. Bagan Nakhoda Omar terletak dalam kawasan DUN Sungai Air Tawar.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Sungai Air Tawar ialah Y.B. Datuk Hj. Rizam Bin Hj. Ismail yang juga merupakan EXCO Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi dan Perpaduan Nasional.

                                                                                                                  

N01 Y.B. Datuk Hj. Rizam Bin Hj 209x300

Nama           : YB Datuk Hj. Rizam Bin Hj. Ismail
Email   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Telefon   : 03-3213 6303
Parlimen  : P092 - Sabak Bernam
DUN   : Sungai Air Tawar