Tarikh | 12 Mac 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | NaDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan asas penghasilan "copywriting" Facebook menggunakan teknologi ChatGPT.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang kepentingan menggunakan kaedah copywriting yang menarik dalam mempromosikan produk jualan atau perkhidmatan yang diniagakan oleh usahawan pada platform yang sesuai. Peserta dibimbing untuk mendaftar akaun baru ChatGPT dan didedahkan terhadap kaedah untuk menjana contoh copywriting menarik dengan memasukkan input yang diperlukan bagi promosi produk. Setiap peserta berjaya menjana contoh copywriting bagi promosi jualan dan berkongsi dengan peserta lain akan hasil yang mereka perolehi.