Tarikh | 07 Mac 2024 |
Masa | 4.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | NaDi Peket 100 |
Peserta | 30 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran berucap dihadapan orang ramai dan menggalakkan pemahaman terhadap kepentingan komunikasi berkesan.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan tentang komunikasi berkesan yang merupakah salah satu kemahiran insaniah. Para peserta didedahkan kepada tips merancang dan menyusun ucapan dengan struktur yang jelas, mengasah kemahiran mendengar, dan meningkatkan keyakinan diri melalui latihan berucap di depan audiens serta menerima maklum balas yang membina. Dengan demikian, aktiviti ini tidak hanya mengukuhkan kemahiran komunikasi, tetapi juga membantu peserta mengembangkan pemikiran kritis, analitikal, dan komunikasi bukan lisan.