Tarikh             08 Mac 2024
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  NaDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi latihan menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan baik.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk melayari laman web ABCYA dan membuka permainan pendidikan yang berorientasikan latihan menaip serta penggunaan tetikus iaitu Keys & Carrots dan Wordsearch Challenge. Menerusi permainan Keys & Carrots, peserta perlu menaip perkataan yang dipaparkan pada skrin bagi menyelesaikan cabaran pada setiap tahap. Manakala bagi Wordsearch Challenge, peserta perlu menggerakkan kursor tetikus bagi mewarnakan kotak huruf yang membentuk satu perkataan penuh seperti yang diberikan pada senarai perkataan yang perlu dicari. Disamping melengkapkan cabaran mereka, para peserta dapat melatih diri untuk menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan lebih cekap.

Gambar Disini