Tarikh | 15 Mac 2024 |
Masa | 4.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | NaDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan membuat tempahan "Pick up" parcel menggunakan kurier Ninjavan.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan terhadap laman web Ninjavan Dashboard yang membolehkan pengguna untuk membuat tempahan perkhidmatan mengambil bungkusan dilokasi perniagaan / PUDO centre. Peserta dibantu untuk mendaftar akaun, log masuk dashboard, pengenalan serta fungsi-fungsi paparan di halaman utama. Petugas juga membimbing peserta untuk membuat contoh tempahan dengan menaip input alamat pengirim dan penerima. Secara asasnya, peserta sudah mendapat gambaran sebenar tentang cara menggunakan sistem untuk membuat tempahan sendiri.