Laporan Aktiviti Disember 2017

 

1) Kelas Microsfot Office Word (Pelajar Sekolah)

Tarikh : 1/112/2017
Masa : 9.00 pagi - 12:30 Tengah Hari
Lokasi : PIM Bagan Nakhoda Omar
Peserta : 7 orang

 

Tujuan 
Kelas yang dihadiri oleh 7 pelajar ini adalah salah satu aktiviti cuti sekolah akhir tahun. Mereka mengikuti kelas ini bagi memantapkan cara mengendalikan komputer dan menajamkan skill menggunakan microsoft word.
   
Aktiviti 

Para pelajar diberi latihan menaip dan mengunakan cara yang betul bagi menulis surat rasmi. Mereka diajar mengunakan font, perenggan dan allignment dalam microsoft word deengan tepat. Para pelajar diberikan latihan menaip surat rasmi kepada guru mereka untuk memohon menggunakan peralatan sukan.

 

 

2) Kelas Bulan Disember Bersama Majlis Daerah Sabak Bernam

Tarikh : 06/12/2017
Masa : 9.00 pagi - 1:00 petang
Lokasi : PIM Bagan Nakhoda Omar
Peserta :6

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang petugas Majlis Daerah Sabak Bernam yang berada dikawasan kawasan. Tujuan kelas ini adalah usahasama dengan Majlis Daerah Sabak Bernam, bagi memberi pengetahuan ICT kepada pekerja pekerja mereka. memandangkan mereka ditempatkan di kawasan sekitar daerah sabak bernam. Maka mereka diwajibkan untuk hadir ke kelas ICT di Pusat Internet  Malaysia terdekat sekali dalam sebulan
   
Aktiviti 

Untuk kelas terakhir mereka, kami petugas  PIM memberikan ulangkaji mengenaik modul yang telah dipelajari dan seterusnya kami mengadakan kuiz untuk mereka memahirkan apa yang telah dipelajari. Kesemua pelajar ini diberikan cenderahati dan sijil tamat mengikuti kelas

 

 

 

Laporan Aktiviti November 2017

 

1) Saringan Kesihatan KOSPEN

 

Tarikh : 19/11/2017
Masa : 9.00 pagi - 12:30 petang
Lokasi : PIM Bagan Nakhoda Omar
Peserta : 28 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 28 orang wanita UMNO Sabak Bernam. Kelas Ini memberi pengenalan saringan kesihatan dan cara hidup sihat yang betul
   
Aktiviti 

Para pelajar diberi penerangan kesihatan dan cara hidup sihat yang betul. kemudian para pelajar akan disaring kesihatan oleh para petugas sukarelawan kospen. Dan akan direkodkan 

 

 

 

 

 

 

Laporan Aktiviti Oktober 2017

 

1) Program Advokasi

 

Tarikh : 01 Oktober 2017
Masa : 9.00 pagi - 2:00 petang
Lokasi : Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
Peserta : 40 orang
 
Tujuan 
 
Tujuan prrogram ini adalah salah satu program advokasi MCMC yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia. Atas inisiatif tersebut Pusat Internet  Malaysia Bagan Nakhoda Omar dan gabungan PIM Kluster Sabak Bernam telah mengikuti program di POLISAS didalam daerah Sabak bernam. Untuk memberi penerangan dan nasihat tentang Advokasi internet. 
   
Aktiviti 
 
Para pengunjung diberikan penerangan tentang modul Advokasi, KUIZ, tayangan video dan sesi penerangan tentang dashbord PIM. Para pengunjung juga diberikan hadiah dari Pusat Internet  Malaysia untuk pertandingan KUIZ Advokasi. Majoriti yang hadir dari kalangan belia dan remaja terutama pelajar Politeknik Sultan Idris Shah.
 
 
 
2) Program Ujian Komputer Pasca PSRA Bersama Sekolah Rendah Agama BNO
Tarikh : 15 Oktober 2017
Masa :2:00 petang - 5:00 petang
Lokasi PIM Bagan Nakhoda Omar
Peserta : 28 Pelajar

 

Tujuan

Program tahunan bagi mengadakan  kelas ujian microsoft word bagi pelajar darjah 6. Program tersebut terdiri dari 3 pengajar dua daripadanya adalah petugas Pusat Internet  Malaysia Bagan Nakhoda Omar dan seorang guru dari sekolah tersebut.

 

Aktiviti

Pelajar darjah 6 ini telah mengikuti 7 kelas asas microsoft word sejak dari februari. seramai 28 pelajar menyertai program kelas ini. Kesemua mereka berusia 12 tahun ataupun darjah 6. Ustaz kamaruzaman selaku pengetua sekolah tersebut berkata kelas komputer ini dapat membantu para pelajar lebih advanced dalam bidang IT. Sesuai tuntutan dizaman moden ini. Beliau juga berharap pelajar ini mampu menmguasai pelbagai bidang dan menyediakan lebih pengetahuan untuk mereka ke alam sekolah menengah.

Program ini bermula jam 9 pagi dan berakhir 6 petang. Kesemua 28 orang pelajar berjaya lulus ujian asas microsoft word ini.

 

   
   
Tarikh : 07/12/2017
Masa : 9.00 pagi - 12:30 petang
Lokasi : SAM SG Haji Dorani
Peserta : 28 orang


Pada 9 November yang lalu Petugas Pusat Internet 1 Malaysia kluster Sabak Bernam dengan Kerjasama Guru Sekolah Rendah kebangsaan Sg Limau telah mengadakan  Program Advokasi & KDB. 

Target advokasi kalini menyasarkan pelajar Sekolah Rendah dan Guru Sekolah. Program ini telah berlangsung dari masa 9 pagi - 1 tengah hari. Hampir 400 termasuk guru dan kakitangan sekolah terlibat dan 14 petugas Pusat Internet 1 Malaysia Sabak Bernam hadir membantu memberi penerangan dan tunjuk ajar.

 

 

 

TUJUAN

Kelas ini dihadiri oleh 12 orang penjawat awam Majlis Daerah Sabak Bernam yang ditugaskan di kawasan komuniti. lingkungan usia 35 tahun dan keatas. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Tujuan bengkel ini diadakan pada minggu pertama setiap bulan sehingga Desember 2017. Ia adalah untuk memahirkan para petugas Majlis Daerah di kawasan komunti dalam bidang IT khususnya asas asas komputer serta menerapkan ilmu yang selain dari jurusan mereka. Disamping itu merapatkan jurang dengan petugas petugas muda di Majlis Daerah.

 

AKTIVITI

Para pelajar diajar mengenai asas komputer berdasarkan modul yang diberi oleh Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama Bahagian IT Majlis Daerah Sabak Bernam. Sesi pembelajaran modul ini dibahagikan kepada 2 sesi pada setiap  minggu. 2 Hari Minggu pertama peserta akan diajar modul beserta latihan dijalankan mengikut buku panduan peserta. Para peserta perlu membuat perbentangan bagi setiap latihan di dalam buku panduan tersebut. Begitulah seterusya bagi jurusan yang berikutnya.

 

LIHAT LAGI GAMBAR DISINI