Hari Brsama Komuniti (2018)

Tarikh

: 20/9/2018

Masa

: 2.30 petang - 6:00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PiM BNO

Peserta

: 78 orang

 

Tujuan

Hari Bersama Komuniti bertujuan untuk memberi penghargaan kepada komuniti setempat dengan mengadakan program-program untuk mereka. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan dan hadiah yang dimenangi oleh pengunjung yang hadir.

 

Aktiviti

Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar menjalankan pelbagai aktiviti, antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan Rules of Survival, pertandingan sebenarnya, kuiz dashboard, dan cabutan bertuah. Terdapat juga pameran yang turut serta dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pemeriksaan kesihatan percuma (KOSPEN) dan terdapat T-shirt percuma yang diberi pada para pengunjung yang mendaftar. Tetamu kehormat yang hadir bagi majlis penutupan dan penyampaian hadiah ialah penghulu dari mukim Bagan Nakhoda Omar iaitu EN. MOHD ASHRAF BIN MOHD NORSHAH dan wakil dari Telekom Malaysia iaitu TUAN.HJ. ANUAR BIN ABDUL KADER

 

Lihat gambar disini

Kursus Asas Komputer (Excel)

Tarikh

: 07/9/2018

Masa

: 2.00 petang - 6:00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PiM BNO

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Petugas Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar merupakan pihak yang memberikan taklimat berkenaan kursus ini iaitu mempelajari asas Excel iaitu membuka buku kerja (workbook) Excel

 

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada tarikh tersebut, peserta terdiri daripada 10 orang peserta daripada sekolah menengah. Kelas ini dimulakan dengan taklimat tentang cara membuka buku kerja (workbook) excel seperti cara membuat buku kerja, memasukkan data dan lain-lain. Peserta kemudian diajar tentang cara membuka buku kerja (workbook) excel melalui latihan secara face-to-face dengan tenaga pengajar. Pada akhir kelas, sesi soal jawab antara peserta dan pengajar dilakukan tentang aplikasi ini.

Lihat gambar disini

Kursus Asas Komputer (Power Point)

Tarikh

: 29/8/2018

Masa

: 2.00 petang - 6:00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PiM BNO

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Petugas Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar merupakan pihak yang memberikan taklimat berkenaan kursus ini iaitu mempelajari asas Power Point iaitu cara membuat presentasi powerpoint profesional (dengan template ppt)

 

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada tarikh tersebut, peserta terdiri daripada 10 orang peserta daripada sekolah menengah. Kelas ini dimulakan dengan taklimat tentang cara membuat presentasi powerpoint profesional (dengan template ppt) seperti cara mengatur Arrows Infographic. Peserta kemudian diajar tentang cara mengatur Microsoft power point ini melalui latihan secara face-to-face dengan tenaga pengajar. Pada akhir kelas, sesi soal jawab antara peserta dan pengajar dilakukan tentang aplikasi ini.

Lihat gambar disini

Kursus Asas Komputer (Paint)

Tarikh

: 6/9/2018

Masa

: 2.00 petang - 6:00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PiM BNO

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Petugas Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar merupakan pihak yang memberikan taklimat berkenaan kursus ini iaitu mempelajari seni garis

 

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada tarikh tersebut, peserta terdiri daripada 10 orang peserta daripada sekolah rendah dan menengah. Kelas ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Pengurus PiM Bagan Nakhoda Omar. kemudian, peserta diajar tentang asas penggunaan aplikasi Paint iaitu cara membuat seni garis menggunakan aplikasi  ini dan mereka telah diberi latihan secara bersemuka dengan tenaga pengajar. Pada akhir sesi, peserta dan pengajar melakukan sesi soal jawab untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang aplikasi ini.

Lihat gambar disini

 

Kursus Asas Komputer (Word)

Tarikh

: 16/8/2018

Masa

: 2.00 petang - 6:00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PiM BNO

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Petugas Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar merupakan pihak yang memberikan taklimat berkenaan kursus ini iaitu mempelajari asas Word iaitu mengatur typografik

 

Aktiviti

Dalam aktiviti yang dijalankan pada tarikh tersebut, peserta terdiri daripada 10 orang peserta daripada sekolah menengah. Kelas ini dimulakan dengan taklimat tentang cara mengatur microsoft word seperti cara mengatur ukuran Font dan jenis Font. Peserta kemudian diajar tentang cara mengatur microsoft word ini melalui latihan secara face-to-face dengan tenaga pengajar. Pada akhir kelas, sesi soal jawab antara peserta dan pengajar dilakukan tentang aplikasi ini.

Lihat gambar disini