Tarikh             14 Februari 2024
 Masa   3.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Memberikan latihan matematik secara interaktif sebagai pemantapan program STEM Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Aktiviti

Petugas membimbing peserta untuk melayari laman web ABCYA yang menyediakan pelbagai permainan pendidikan secara interaktif. Menerusi aktiviti Math Marble, peserta harus menjawab soalan-soalan matematik yang melibatkan operasi yang dipilih. Pada aktiviti kali ini, petugas memberikan cabaran operasi penambahan yang sesuai dengan tahap penguasaan peserta. Jawapan boleh dipilih daripada guli-guli yang mengandungi nombor. Aktiviti ini sangat mencabar daya pemikiran peserta dalam penyelesaian masalah dan pengkayaan teknik pengiraan matematik dengan cekap dan betul.

 

Gambar Disini

 Tarikh             13 Februari 2024
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Melatih asas menaip dengan struktur jari yang betul.

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada peserta untuk membuka laman web ABCYA, seterusnya ke permainan pendidikan Keys & Carrot yang menyediakan latihan menaip mengikut tahap bermula daripada tahap "Beginner", seterusnya "Intermediate" dan "Advanced". Latihan permulaan menghendaki pelajar untuk menaip huruf-huruf yang dipaparkan pada imej lobak yang akan dikutip. Peserta dilatih untuk menggunakan kedua-dua belah tangan bagi menaip pada papan kekunci.  Bilangan akhir lobak yang berjaya dikutip menandakan jumlah huruf yang telah ditaip oleh peserta. Peserta yang berjaya menjalani semua latihan akan dibawa ke tahap yang seterusnya.

Petugas memberi bimbingan dan penerangan agar peserta mengamalkan cara menaip menggunakan kaedah yang betul agar kebiasaan itu akan memudahkan mereka untuk menaip dengan pantas. Kelajuan dan bilangan huruf yang ditaip dengan betul direkodkan oleh sistem agar guru dapat memantau prestasi para pelajar pada setiap tahap.

Gambar Disini

Tarikh             05 Februari 2024
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan mewarna menggunakan teknologi digital.

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada peserta untuk melayari laman web poki.com dan mencari permainan pendidikan Prismo Coloring. Pemain boleh memilih kategori untuk mewarna daripada helaian buku elektronik yang disediakan. Kaedah mewarna secara digital dapat meningkatkan kreativiti peserta disamping sebagai latihan untuk menggunakan tetikus / mouse pad dengan lebih baik. 
  

Gambar Disini

Tarikh             07 Februari 2024
 Masa   4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi rangsangan minda terhadap aktiviti berkonsepkan STEM.

Aktiviti

Peserta diminta melayari laman web Engineering.com yang mempakejkan pelbagai bentuk sumber pengetahuan bidang kemajuan teknologi dan revolusi industri dalam e-risalah, video, e-buku, e-surat khabar, webinar, perisian dan alat digital serta permainan pendidikan bagi tujuan eksplorasi pengguna. Petugas membimbing peserta untuk membuat carian permainan pendidikan Dynamic System yang menguji daya pemikiran kritis penyelesaian masalah terhadap konsep-konsep sains. Terdapat lapisan tahap yang perlu dilalui oleh peserta serta tugasan yang perlu diselesaikan bagi melepasi sesuatu tahap.

Gambar Disini

Tarikh             05 Februari 2024
 Masa   9.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  SK Kampung Baru
 Peserta  41 Orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan mengenai komputer dan fungsinya.

Aktiviti

Aktiviti pengenalan asas komputer telah dijalankan pada program Klik Dengan Bijak di SK Kampung Baru, Sabak Bernam. Petugas memberi penerangan tentang komponen input, output dan storan serta contoh perkakasan bagi setiap komponen, fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, CPU, contoh perisian komputer yang membantu pencarian maklumat serta penghasilan bahan multimedia dan dokumen seperti pelayar google, aplikasi zoom dan perisian microsoft. Cara penyampaian pengajaran juga melibatkan respon dari peserta bagi meningkatkan pemahaman dan pengayaan pengetahuan mereka tentang asas komputer.
  

Gambar Disini