Tarikh | 05 Februari 2024 |
Masa | 9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | SK Kampung Baru |
Peserta | 41 Orang |
Tujuan
Memberi pengenalan mengenai komputer dan fungsinya.
Aktiviti
Aktiviti pengenalan asas komputer telah dijalankan pada program Klik Dengan Bijak di SK Kampung Baru, Sabak Bernam. Petugas memberi penerangan tentang komponen input, output dan storan serta contoh perkakasan bagi setiap komponen, fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, CPU, contoh perisian komputer yang membantu pencarian maklumat serta penghasilan bahan multimedia dan dokumen seperti pelayar google, aplikasi zoom dan perisian microsoft. Cara penyampaian pengajaran juga melibatkan respon dari peserta bagi meningkatkan pemahaman dan pengayaan pengetahuan mereka tentang asas komputer.