Tarikh             09 Februari 2024
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kaedah membuat tangkapan skrin pada komputer.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk melayari laman web MET Malaysia bagi memberikan kesedaran berkaitan fenomena peningkatan suhu cuaca panas yang sedang dialami di seluruh negara. Disamping itu, peserta diminta untuk membuat tangkapan skrin dari info penting yang ditunjukkan pada laman web tersebut. Oleh itu, petugas membimbing peserta untuk membuka aplikasi Snipping Tool dan memilih ikon "new" bagi membuat tangkapan skrin baharu. Peserta perlu menggunakan tetikus dan menggerakkan penunjuk pada bahagian yang ingin disimpan menjadi imej baru pada storan komputer. Peserta juga boleh membuat tangkapan skrin penuh dengan menggunakan aplikasi Snipping Tool, salin serta tampal pada Whatsapp web atau Telegram web.

Gambar Disini

 Tarikh             21 Februari 2024
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Memberi bimbingan pengurusan masa yang baik.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk menonton video berjudul Parkinson's Law Of Time yang menerangkan tentang kepentingan pengurusan masa dan formula pengurusan masa yang berkesan berdasarkan pandangan Parkinson's Law. Ia berpendapat bahawa semakin panjang masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan, maka seseorang individu akan melengahkan waktu untuk menyelesaikan tugasan hingga pada waktu yang ditetapkan. Sebaliknya, individu juga tidak perlu menyegerakan penyelesaian semua tugasan hingga tidak dapat menyediakan hasil kerja yang berkualiti. Oleh itu, pentingnya pengurusan masa yang baik dalam kehidupan seharian.

Gambar Disini

 Tarikh             18 Februari 2024
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  8 Orang

 

Tujuan

Melatih keyakinan dalam pengucapan awam dikalangan peserta.

Aktiviti

Penceramah iaitu Puan Syuhaidah Sukor memulakan kelas dengan memperkenalkan profil diri serta latarbelakang pengalaman. Semua peserta diminta untuk bergilir-gilir berdiri dan memperkenalkan serba sedikit mengenai nama, tempat tinggal, pekerjaan, aktiviti keusahawanan serta harapan terhadap sesi yang akan dijalankan. Disamping itu, penceramah bertanyakan beberapa soalan kepada peserta agar peserta dapat menghuraikan lagi mengenai diri dan dapat mempromosikan aktiviti perniagaan / keusahawanan mereka kepada peserta lain.

Gambar Disini

 Tarikh             04 Februari 2024
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Memperkaya penguasaan peserta terhadap aktiviti STEM.

Aktiviti

Membina litar LED adalah aktiviti praktikal yang memperkenalkan pelajar kepada prinsip asas elektrik dan elektronik. Antara alatan yang disediakan oleh petugas adalah Diod Pemancar Cahaya (LED), resistor, bateri, wayar penghubung serta breadboard. Pada mulanya, petugas memperkenalkan dan menyatakan fungsi setiap komponen asas dalam pembinaan litar termasuk berkaitan kaki LED anod dan katod yang perlu disambungkan dengan tepat agar LED dapat menyala.

Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial menyambungkan litar di breadboard atau terus dengan wayar penghubung. Sisi positif LED perlu disambungkan ke sisi positif bateri dan begitu juga bagi kedua-dua sisi negatif. Kemudian, resistor disambungkan secara bersiri dengan LED bagi mengehadkan aliran arus melalui LED. Setelah litar disiapkan, peserta diminta mengujinya dengan menyambungkan bateri. Sekiranya sambungan dilakukan dengan betul, LED pada litar akan menyala dan sebaliknya. Pada akhir aktiviti, petugas dan peserta mengamati kecerahan LED dan berbincang mengenai perubahan nilai resistor atau penggunaan bilangan LED secara bersiri atau selari dapat mempengaruhi litar.

Gambar Disini

Tarikh             18 Februari 2024
 Masa   11.00 Pagi - 1.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  7 Orang

 

Tujuan

Perkongsian tentang keusahawanan digital secara dalam talian bersama Team Roadtax Online (TRON).

Aktiviti

Sesi perkongsian dimulakan dengan pengenalan latarbelakang penceramah oleh Puan Syuhada Sukor yang juga merupakan Pengasas TRON. Seterusnya, para peserta diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing disamping berkongsi tentang aktiviti keusahawanan serta produk jualan sekiranya ada. Peserta didedahkan kepada pengisian asas "Digital Marketing" serta aplikasi-aplikasi yang dapat membantu usahawan menghasilkan bahan iklan seperti Canva, Capcut dan Teleprompter.

Kemudian, penceramah mula membincangkan tentang peranan TRON dalam membantu memberikan peluang kepada orang awam menjana pendapatan sampingan melalui perkhidmatan perbaharui cukai jalan, insurans dan lesen memandu secara dalam talian. Peserta diberi penerangan tentang prosedur operasi dan tatakerja sebagai ejen disamping kelebihan menjadi ejen dibawah organisasi TRON.

 

Gambar Disini