Tarikh             06 Mac 2024
 Masa   4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  NaDi Peket 100
 Peserta  30 Orang

 

Tujuan

Membimbing pelajar untuk menggunakan laman web Canva sebagai editor bagi menghasilkan poster digital.

Aktiviti

Petugas memberikan pengenalan dan pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada laman web Canva melalui aktiviti membuat poster digital sempena menyambut ramadan. Antara fungsi yang telah dipelajari oleh peserta adalah membuat teks dan bentuk, menukar jenis font, saiz dan warna tulisan, menambah gambar, elemen grafik dan animasi pada rekaan mereka. Pada akhir kelas, semua pelajar berjaya menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing. 
 

Gambar Disini

 

Tarikh             06 Mac 2024
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  NaDi Peket 100
 Peserta  30 Orang

 

Tujuan

Pendedahan asas kepada teknologi Artificial Intelligence.

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang Bing Image Creator iaitu laman web berdasarkan kecerdasan buatan (AI) yang disediakan oleh ejen carian Bing. Ia membolehkan pengguna untuk mencipta dan mengedit imej menggunakan teknologi AI yang canggih. Ia sangat berguna untuk mencipta kandungan visual menarik dengan cepat dan efisien tanpa memerlukan kemahiran reka bentuk grafik yang mendalam. Peserta juga dibimbing untuk membuat carian Bing Image Creator pada peranti dan diberikan latihan menjana ayat prompter yang akan diproses untuk menghasilkan gambar. 

Gambar Disini

 

 Tarikh             06 Mac 2024
 Masa   2.00 Petang - 3.00 Petang  
 Lokasi

 NaDi Peket 100

 Peserta  30 Orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan pengurusan akaun Emel dan Google.

Aktiviti

Petugas menyampaikan pengenalan mengenai kepentingan mendaftar Emel dan mengurus akaun Google pada peranti milik peribadi. Disamping itu, petugas memberikan tutorial mendaftar akaun baru Emel, menunjukkan ciri-ciri utama paparan dan fungsi pada halaman emel dan akaun Google, cara menghantar e-mel, menguruskan kenalan, dan menggunakan langkah-langkah keselamatan asas bagi melindungi keselamatan akaun. Pada akhirnya, semua peserta dapat memiliki akaun Emel masing-masing dan pengetahuan menggunakan e-mel untuk komunikasi peribadi dan profesional.

Gambar Disini

Tarikh             06 Mac 2024
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  NaDi Peket 100
 Peserta  30 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas bahagian dan komponen komputer.

Aktiviti

Petugas memulakan pembelajaran dengan memperkenalkan bahagian komputer seperti input, output serta komponen komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Pelajar diminta mengulang sebut nama komponen dan mengenalpasti bentuk komponen-komponen tersebut untuk aktiviti yang seterusnya. Kemudian, kefahaman dan ingatan pelajar diuji melalui permainan pendidikan quiziz secara dalam kumpulan.
 

Gambar Disini

 Tarikh             06 Mac 2024
 Masa   9.00 Pagi - 10.00 Pagi  
 Lokasi

 NaDi Peket 100

 Peserta  30 Orang

 

Tujuan

Memupuk pengalaman pembelajaran dinamik dalam bidang ICT.

Aktiviti

Petugas membahagikan peserta kepada 6 kumpulan dan memberi arahan kepada peserta untuk bergerak ke setiap 6 stesen bagi menyelesaikan cabaran puzzle ICT yang disediakan. Setiap puzzle merupakan gambar bertemakan alat teknologi maklumat dan komunikasi seperti komputer, komputer riba, tablet, printer, tetikus dan headphone. Disamping itu, aktiviti ini memupuk kerjasama, kemahiran sosial dan kemahiran penyelesaian masalah dikalangan semua peserta.

Gambar Disini