Tarikh             05 April 2024
 Masa   4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  5 Orang

 

Tujuan

Membimbing penerokaan terhadap aktiviti pendidikan STEM bagi tahap sekolah rendah.

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan menunjukkan tutorial untuk menjalankan aktiviti invisible ink melalui video dari Youtube yang ditayangkan pada skrin layar. Dengan menggunakan larutan soda bikarbonat sebagai dakwat tulisan, murid-murid dikehendaki menulis ayat-ayat mudah yang ingin disampaikan sebagai mesej pada sekeping kertas A4 putih. Kemudian, kertas diwarnakan menggunakan larutan kunyit bersama hand sanitizer untuk membolehkan tulisan yang tidak kelihatan muncul untuk dibaca. Pada akhir kelas, semua peserta menunjukkan ayat yang ditulis pada kertas masing-masing kepada rakan-rakan yang lain. Aktiviti ini menunjukkan kesan tindakbalas larutan yang berbeza hingga dapat membentuk tulisan yang boleh dibaca.
 

Gambar Disini

 Tarikh             04 April 2024
 Masa   12.00 Tengahari - 1.00 Tengahari
 Lokasi

 NADI Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  7 Orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan mengendalikan akaun baru Tiktok Shop.

Aktiviti

Para peserta menghadiri kelas pengenalan Tiktok Shop secara dalam talian di Google Meet. Antara pengisian aktiviti yang disampaikan adalah nota persediaan sebelum membuka akaun penjual, bimbingan tentang langkah-langkah untuk mendaftar akaun baru, penetapan profil Tiktok, penyertaan Program Tiktok Affiliate, cara mendaftar Tiktok Campaign, penggunaan "Tiktok live" bagi tujuan promosi produk dan kaedah memuatnaik produk bagi kemaskini akaun penjual.

Gambar Disini

Tarikh             03 April 2024
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran peserta dalam penulisan emel secara formal.

Aktiviti

Pada permulaan, petugas menerangkan cara menulis emel yang efektif secara berstruktur meliputi penggunaan tajuk yang jelas, sapaan dan gaya bahasa yang sesuai,  serta penutup yang baik. Peserta diberikan contoh situasi penggunaan emel dalam konteks profesional atau akademik, dan kemudian diarahkan untuk menghasilkan emel sendiri berdasarkan situasi yang diberikan. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis peserta dalam Bahasa Melayu serta mempersiapkan mereka untuk situasi komunikasi formal dalam kehidupan profesional atau akademik mereka.

Gambar Disini

 Tarikh             04 April 2024 
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi

 NADI Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  8 Orang

 

Tujuan

Pendedahan kepada peserta tentang langkah memulakan jualan dalam talian di aplikasi Shopee.

Aktiviti

Kelas bimbingan Shopee Seller dilaksanakan secara dalam talian melalui Google Meet. Antara isi kandungan aktiviti adalah pengenalan Shopee sebagai laman web e-dagang, penerangan paparan muka Seller Centre, teknik asas perniagaan di Shopee, langkah-langkah membuka akaun kedai di Shopee, cara-cara menambah jenis produk, penetapan kategori produk,  penerangan tentang produk, memasukkan gambar produk serta kemaskini bilangan stok serta variasi produk bagi memudahkan pemilihan oleh pengguna. 

Gambar Disini

Tarikh             02 April 2024
 Masa   3.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi  NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  4 Orang

 

Tujuan

Memastikan peserta memahami konsep penggunaan WhatsApp Web menggunakan komputer bagi memperluas kemahiran komunikasi secara digital.

Aktiviti

Pada permulaan, petugas memberi pengenalan dan cara mengakses laman Whatsapp Web melalui komputer. Antara perkara yang diperlukan adalah peranti telefon pintar yang mempunyai aplikasi Whatsapp, set komputer dan sambungan internet bagi kedua-duanya. Seterusnya, petugas memberi tutorial langkah-langkah log masuk menggunakan telefon pintar, penerangan tentang navigasi antara muka (interface), pengurusan sembang (chat) dan kumpulan, pengemas kini status dan pengaturan privasi. serta keselamatan Aktiviti-aktiviti ini bertujuan membantu peserta memahami dengan lebih baik cara menggunakan WhatsApp Web dalam memudahkan komunikasi secara digital.

Gambar Disini