Tarikh | 03 April 2024 |
Masa | 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran peserta dalam penulisan emel secara formal.
Aktiviti
Pada permulaan, petugas menerangkan cara menulis emel yang efektif secara berstruktur meliputi penggunaan tajuk yang jelas, sapaan dan gaya bahasa yang sesuai, serta penutup yang baik. Peserta diberikan contoh situasi penggunaan emel dalam konteks profesional atau akademik, dan kemudian diarahkan untuk menghasilkan emel sendiri berdasarkan situasi yang diberikan. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis peserta dalam Bahasa Melayu serta mempersiapkan mereka untuk situasi komunikasi formal dalam kehidupan profesional atau akademik mereka.