Tarikh | 04 April 2024 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 8 Orang |
Tujuan
Pendedahan kepada peserta tentang langkah memulakan jualan dalam talian di aplikasi Shopee.
Aktiviti
Kelas bimbingan Shopee Seller dilaksanakan secara dalam talian melalui Google Meet. Antara isi kandungan aktiviti adalah pengenalan Shopee sebagai laman web e-dagang, penerangan paparan muka Seller Centre, teknik asas perniagaan di Shopee, langkah-langkah membuka akaun kedai di Shopee, cara-cara menambah jenis produk, penetapan kategori produk, penerangan tentang produk, memasukkan gambar produk serta kemaskini bilangan stok serta variasi produk bagi memudahkan pemilihan oleh pengguna.