Tarikh | 20 Januari 2024 |
Masa | 3.00 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan asas kepada usahawan digital untuk menghasilkan "copywriting" di platform Facebook.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang kepentingan menggunakan kaedah copywriting yang menarik dalam mempromosikan produk jualan atau perkhidmatan yang diniagakan oleh usahawan pada platform Facebook. Terdapat tiga kaedah penulisan yang dikongsikan iaitu ""teaser", "hard sell" dan "soft sell". Petugas juga memberikan tips yang lebih terperinci bagi menghasilkan copywriting menggunakan antara tiga kaedah tersebut disamping menunjukkan beberapa contoh "posting" yang diambil daripada Facebook oleh beberapa perusahaan terkenal. Seterusnya, setiap peserta dikehendaki untuk menghasilkan satu contoh ayat jualan bagi setiap satu teknik dan membuat perkongsian dengan peserta yang lain.
Tarikh | 13 Januari 2024 |
Masa | 3.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Memperkaya kaedah pemikiran secara kreatif dikalangan peserta.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan tentang konsep pemikiran secara kreatif dan kepentingannya sebagai salah satu kemahiran insaniah yang diperlukan dalam industri pekerjaan terkini. Seterusnya, peserta diberi pendedahan tentang proses berfikir secara kreatif bagi penjanaan idea baru yang inovatif dan berkesan. Disamping itu, petugas juga menunjukkan pada slaid pembentangan koleksi gambar objek ciptaan hasil dari pemikiran idealistik yang kreatif dikalangan masyarakat jepun dalam kehidupan seharian mereka.
Tarikh | 10 Januari 2024 |
Masa | 3.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Pendedahan asas kepada teknologi Artificial Intelligence.
Aktiviti
Peserta diminta membuat carian laman web Canva. Pada halaman baru, petugas membimbing peserta untuk menggunakan tools AI image generator pada bahagian elemen untuk mentransformasi teks kepada gambar yang dihuraikan secara terperinci. Penjanaan gambar juga boleh ditetapkan mengikut style pilihan pengguna seperti photography, digital art atau fine art dengan campuran kesan khas yang berbeza. Peserta memberikan arahan untuk AI menjana imej sebuah DC motor iaitu komponen elektronik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal.
Tarikh | 13 Januari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kaedah membuat editing gambar produk di Canva.
Aktiviti
Petugas meminta peserta membuka laman web Canva iaitu aplikasi web editor dalam talian yang memudahkan pengguna membuat pengubahsuaian grafik dan multimedia. Peserta diarahan untuk memuatnaik gambar produk jualan yang terpilih untuk dijadikan sampel poster. Petugas membimbing peserta untuk memasukkan pelbagai elemen untuk menjadikan sebuah poster yang menarik seperti teks, warna latar belakang, kesan khas pada gambar dan elemen bentuk tambahan.
Tarikh | 10 Januari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 5 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan untuk menukarkan format gambar kepada teks.
Aktiviti