Tarikh | 17 Januari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kemahiran asas pengendalian dokumen PDF.
Aktiviti
Pada mulanya, peserta diminta untuk membuka laman web ilovePDF yang menyediakan pelbagai alat pengendalian dokumen PDF seperti PDF editor, split, merge, compress, convert, rotate, protect PDF, unlock PDF dan banyak lagi fungsi. Bagi kelas kali ini, petugas menumpukan kepada kemahiran mengedit dokumen asal PDF. Peserta perlu klik pada ikon "Edit PDF", seterusnya memuatnaik sebarang dokumen jenis PDF yang ingin diubahsuai kandungannya. Antara elemen baru yang boleh ditambah adalah teks, gambar, lukisan dan bentuk. Pengguna boeh menetapkan jenis font pilihan, saiz / warna bagi teks, gambar atau bentuk yang dimasukkan.