Tarikh | 04 Februari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | PEDi Sungai Leman |
Peserta | 10 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan kaedah menaip dengan cekap dan efektif.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tips menaip dengan pantas yang memerlukan peserta untuk menggunakan kedua-dua belah tangan pada bahagian kanan dan kiri papan kekunci. Para peserta diberikan waktu untuk membiasakan diri menaip dengan kaedah yang betul. Seterusnya, petugas membuat pertandingan menaip pantas antara semua peserta dimana kepantasan dan ketepatan menaip dinilai dalam jangkamasa 5 minit. Terdapat dua kategori penilaian iaitu Kategori Dewasa dan Kanak-Kanak. Para pemenang menerima hadiah dari PEDi.
Tarikh | 04 Februari 2024 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Sungai Leman |
Peserta | 10 Orang |
Tujuan
Menguji tahap pengetahuan peserta terhadap penguasaan ICT dan keselamatan siber.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang beberapa topik ICT seperti pengenalan kepada fungsi komputer, peringatan keselamatan siber seperti privasi kata laluan, permainan dalam talian, buli siber dan ancaman scam. Seterusnya, para peserta diminta untuk membuka aplikasi Quizizz menggunakan peranti masing-masing bagi menyertai kuiz ICT secara digital. Para pemenang diberikan hadiah oleh pihak PEDi.
Tarikh | 03 Februari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Sungai Leman |
Peserta | 8 Orang |
Tujuan
Tutorial pembuatan mini bouquet sebagai produk jualan Shopee
Aktiviti
Petugas mengagihkan bahan-bahan pembuatan bouquet kepada semua peserta seperti kertas pembalut, gunting, lidi, pelekat, paket gula-gula dan riben. Seterusnya, petugas mula menunjukkan tutorial secara berperingkat sambil diikuti oleh kesemua peserta. Pada akhir sesi, semua peserta berjaya menghasilkan bouquet masing-masing.
Tarikh | 03 Februari 2024 |
Masa | 9.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Lokasi | PEDi Sungai Leman |
Peserta | 8 Orang |
Tujuan
Memberi pengenalan Shopee Seller kepada usahawan.
Aktiviti
Petugas memperkenalkan aplikasi Shopee dan memberi penerangan tentang proses untuk mendaftar akaun kedai di Shopee Seller. Selain itu, petugas juga menunjukkan contoh kedai-kedai Shopee yang bagus serta tips untuk menyediakan gambar produk yang dapat menarik perhatian pembeli.
Tarikh | 01 Februari 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | PEDi Kampung Baru Nelayan |
Peserta | 8 Orang |
Tujuan
Pembelajaran asas komputer kepada pelajar berumur 4-6 tahun.
Aktiviti
Petugas memulakan pembelajaran dengan memperkenalkan komponen-komponen komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Pelajar diminta mengulang sebut nama komponen dan mengenalpasti bentuk komponen-komponen tersebut untuk aktiviti yang seterusnya. Kemudian, kefahaman dan ingatan pelajar diuji melalui permainan pendidikan kahoot. Pelajar dikehendaki memilih jawapan yang betul bagi beberapa soalan berkaitan komponen komputer yang telah dipelajari dengan menggunakan tetikus pada komputer masing-masing. Di samping itu, ia merupakan latihan buat pelajar untuk menggunakan tetikus dengan cekap.