Tarikh             14 Februari 2024
 Masa   3.30 Petang - 4.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Memberikan latihan matematik secara interaktif sebagai pemantapan program STEM Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Aktiviti

Petugas membimbing peserta untuk melayari laman web ABCYA yang menyediakan pelbagai permainan pendidikan secara interaktif. Menerusi aktiviti Math Marble, peserta harus menjawab soalan-soalan matematik yang melibatkan operasi yang dipilih. Pada aktiviti kali ini, petugas memberikan cabaran operasi penambahan yang sesuai dengan tahap penguasaan peserta. Jawapan boleh dipilih daripada guli-guli yang mengandungi nombor. Aktiviti ini sangat mencabar daya pemikiran peserta dalam penyelesaian masalah dan pengkayaan teknik pengiraan matematik dengan cekap dan betul.

 

Gambar Disini