Tarikh             22 Julai 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Memberi bimbingan secara terperinci kepada usahawan untuk membuat iklan pada akaun Shopee Seller

Ativiti

Penceramah memulakan bengkel dengan memberi penerangan mengenai revolusi pernigaan dalam talian yang menggunakan platform Shopee Seller. Beliau juga mendedahkan tentang kelebihan dan fungsi-fungsi pada aplikasi Shopee yang boleh dimanfaatkn oleh usahawan untuk membantu meningkatkan jualan produk mereka. Seterusnya, para peserta ditunjukkan tutorial oleh penceramah untuk menggunakan fungsi-fungsi pada Shopee khusus bagi menambah jenis produk, kemaskini maklumat produk, dan membuat iklan untuk mempromosikan produk dari kedai Shopee mereka.
 

Gambar Disini

Tarikh             18 Julai 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran mengenai tips menghadiri sesi temuduga dengan baik dan bersedia.

Aktiviti

Penceramah memulakan sesi bengkel dengan memperkenalkan profil diri beliau. Beliau memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga keterampilan diri ketika menghadiri sesi temuduga. Penceramah juga membincangkan senario dan hal yang sering berlaku ketika sesi temuduga secara fizikal atau di dalam talian. Melalui pembentangan slide power point yang disampaikan oleh penceramah, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan dan juga perkara-perkara yang wajar dielakkan oleh peserta bagi berjaya dalam sesuatu temuduga.
 
Seterusnya, para peserta ditugaskan untuk menyediakan teks memperkenalkan diri jika menghadiri temuduga, berpandukan tips yang telah dikongsikan sebelumnya. Sewaktu aktiviti "mock interview", beberapa individu terpilih untuk melakonkan simulasi memperkenalkan diri dan menjawab beberapa soalan seperti temuduga sebenar sedang dijalankan.
 

Gambar Disini

Tarikh             14 Julai 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  20 Orang

 

Tujuan

Bimbingan untuk mengenal nombor kepada pelajar Tadika Kemas Sri Nakhoda.

Aktiviti

Petugas memulakan pembelajaran dengan bacaan doa bersama para pelajar. Pelajar dipertontonkan dengan video berlagu mengenal nombor 1 hingga 10. Disamping itu, petugas bersama-sama menyebutkan nombor-nombor yang terdapat dalam lagu yang dimainkan dan meminta pelajar menyebut ulang nombor secara bersama-sama.
 
Seterusnya, petugas memberikan peluang kepada pesert untuk menjawab quiz berkaitan pembelajaran nombor di laman web Kahoot bagi menguji ingatan dan kefahaman pelajar. Selain itu, pelajar juga dibimbing dalam permainan pendidikan "Connect The Dot" pada laman portal ABCYA bagi mengukuhkan kemahiran IT pelajar terhadap penggunaan komputer dan internet.
 

Gambar Disini

Tarikh             16 Julai 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Membantu usahawan untuk membuat voucher pada produk mereka di aplikasi Shopee.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk membuka akaun Shopee Seller pada PC. Peserta diberi penerangan mengenai kaedah membuat voucher pada produk jualan dan kelebihan mengunakan voucher. Disamping itu, petugas memberi bimbingan kepada setiap peserta untuk menghasilkan voucher pada kedai shopee masing-masing.
 

Gambar Disini

Tarikh             11 Julai 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  15 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta untuk menguasai cara membuat resume yang menarik dan berkesan.

Aktiviti

Penceramah memulakan sesi bengkel dengan memperkenalkan diri dan latar belakang beliau. Penceramah menyatakan kepentingan membuat resume dengan cara yang betul dan berkesan agar dapat menarik minat bakal majikan. Beliau juga telah berkongsi mengenai elemen-elemen yang perlu disertakan dalam resume dan menunjukkan beberapa contoh dan kesilapan yang sering berlaku.
 
Seterusnya, para peserta diberikan masa untuk menghasilkan resume secara individu mengikut panduan dan rujukan yang telah dikongsikan oleh penceramah. Akhir sekali, beberapa orang peserta diminta untuk berkongsi resume yang telah dihasilkan dan penceramah menyemak sekaligus memperbetulkan sebarang kelemahan yang perlu diperbaiki pada resume peserta.
 

Gambar Disini