Tarikh             09 Julai 2023
 Masa   3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 orang

 

Tujuan

Pembelajaran tentang pengenalan IOT dan penggunaan D-id AI presenters 

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk membuka laman web Canva pada carian Google. Seterusnya, petugas memberi pengenalan berkenaan IOT dan penggunaan Artificial Intelligence (AI) presenters dalam penerbitan video. Peserta juga diberi pendedahan kepada fungsi D-id studio yang terdapat dalam laman web Canva serta dipertontokan contoh video yang menggunakan AI Presenter. Akhir sekali, petugas membimbing peserta untuk menghasilkan sebuah video AI presentation yang menggunakan gambar dari wajah dan teks yang dibina oleh peserta sendiri.
 

Gambar Disini

Tarikh             09 Julai 2023
 Masa   11.15 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  Seorang

 

Tujuan

Pembelajaran tentang cara-cara untuk membina akaun gmail, menghantar email dan menyimpan fail menggunakan google drive.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk membuat carian Gmail Login pada Browser. Seterusnya petugas menunjukkan tutorial untuk mendaftar akaun Gmail bagi pengguna baru dan peserta diminta untuk mengulang semula langkah-langkah tersebut untuk mencipta akaun Gmail peserta sendiri. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada cara untuk menghantar emal, menyemak peti masuk emel dan menyimpan fail di dalam Cloud pada Google Drive.
 

Gambar Disini

Tarikh             08 Julai 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  Seorang

 

Tujuan

Memperkenalkan laman web Canva untuk kegunaan menghasilkan bahan media secara digital.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang fungsi laman web Canva sebagai suatu medium editor yang mudah digunakan untuk menghasilkan bahan pembentangan, poster, kad ucapan, video, resume dan pelbagai lagi jenis dokumen secara digital. Peserta dibimbing untuk membuat rekaan baru bagi poster ucapan sempena menyambut Awal Muharram. Menerusi pelbagai pilihan template sedia ada yang sudah cukup menarik perhatian, ia memudahkan penghasilan rekaan dengan mengedit teks serta menambah gambar dan elemen-elemen hiasan. 
 

Gambar Disini

Tarikh             15 Julai 2023
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  Seorang

 

Tujuan

Membantu usahawan mendaftarkan perniagaan di halaman SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Aktiviti

Petugas membimbing usahawan untuk melengkapkan borang pendaftaran perniagaan dalam talian di laman web SSM. 
 

Gambar Disini

Tarikh             08 Julai 2023
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  Seorang

 

Tujuan

Memberi panduan untuk menulis surat rasmi bagi sebab tidak hadir ke sesi persekolahan.

Aktiviti

Petugas menunjukkan template format surat rasmi untuk memudahkan peserta menaip surat berpandukan rujukan yang diberikan. Selain itu, petugas juga membimbing peserta untuk membina ayat formal dalam menyatakan sebab tidak dapat hadir ke sesi persekolahan agar surat dapat dihantar kepada guru kelas.
 

Gambar Disini