Tarikh             13 Ogos 2023
 Masa   2.30 Petang - 3.30 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  4 Orang

 

Tujuan

Aktiviti interaktif sempena Sambutan Hari Kemerdekan ke 66 tahun.

Aktiviti

Peserta diminta membuat carian silangkata patriotik online pada pelayar Google. Petugas meminta peserta untuk menjawab semua soalan teka silang kata yang, berkaitan dengan sejarah kemerdekaan tanah air serta pengetahuan asas tentang Malaysia. Di samping itu, petugas menyatakan tentang kepentingan untuk sentiasa mempunyai semangat patriotik kepada negara bagi setiap individu.

 

Gambar Disini

Tarikh             13 Ogos 2023
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  4 Orang

 

Tujuan

Kelas asas menggunakan perisian Microsoft Word untuk membuat jadual.

Aktiviti

Petugas membimbing peserta untuk menggunakan fungsi "table" sebagai salah satu tools yang terdapat pada Microsoft Word untuk mencipta jadual. Dengan menjadikan jadual kelas peserta sebagai rujukan, peserta diminta untuk memasukkan maklumat berkenaan hari, masa dan matapelajaran pada ruangan kosong. Peserta juga diberikan penerangan tentang fungsi-fungsi yang melibatkan "table" seperti menambah / membuang / mencantumkan / mewarnakan "column",  Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari tentang tetapan jenis, saiz serta warna "font" yang sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan jadual kelas.
 

Gambar Disini

Tarikh             09 Ogos 2023
 Masa   10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Pengenalan mengenai teknologi agrotek iaitu dengan kaedah smart farming.

Aktiviti

Sesi pembelajaran diadakan melalui platform Zoom Meeting bersama penceramah. Penceramah memberikan penerangan tentang kelebihan dan kepentingan menggunakan sistem smart farming bagi kesan jangka masa pendek / panjang. Selain itu, peserta juga diberikan maklumat berkaitan kaedah pemasaran digital terkini yang wajar dimanfaatkan untuk meningkatkan jumlah jualan dan capaian pelanggan yang lebih besar. Disamping itu, penceramah juga berkongsi beberapa video yang memperlihatkan perkembangan inovasi dalam pertanian yang membezakan senario pengurusan dan pemasaran terdahulu dan kini. Kelas diakhiri dengan sesi soal jawab yang memberi ruang kepada peserta untuk menyuarakan soalan dan pendapat.
 

Gambar Disini

Tarikh             12 Ogos 2023
 Masa   10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Latihan menghasilkan flatlay produk yang menarik untuk tujuan pemasaran jualan.

Aktiviti

Petugas menunjukkan cara untuk membuat flatlay produk yang cantik dan boleh menarik minat prospek untuk membeli. Petugas menyediakan beberapa setup prop yang boleh digunakan oleh usahawan untuk produk-produk berbeza. Usahawan telah diingatkanuntuk membawa produk jualan sendiri agar dapat disesuaikan dengan prop yang disediakan bagi menghasilkan flatlay.
 

Gambar Disini

Tarikh             08 Ogos 2023
 Masa   9.30 Pagi - 10.30 Pagi
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  20 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas mengenal dan mengingat nombor serta susunannya secara interaktif. 

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan membaca doa belajar bersama-sama pelajar. Seterusnya, pembelajaran dimulakan dengan pengenalan jenis-jenis bunga yang terdapat di Malaysia. Kemudian, kelas diteruskan dengan mempelajari nombor 1 - 5 melalui kaedah ulang sebut oleh pelajar dan penerangan sifat setiap nombor melalui lagu untuk meningkatkan ingatan pelajar terhadap nombor yang dipelajari.
 
Bagi mengkuhkan kefahaman pelajar, mereka diuji dengan permainan pendidikan yang disediakan berorientasikan soalan-soalan mengenai jenis bunga yang melibatkan pengiraan angka yang telah dipelajari.
 

Gambar Disini