Tarikh             07 Julai 2023
 Masa   3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 orang

 

Tujuan

Pengenalan teknologi Artificial Intelligence (AI) ChatGPT.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang ChatGPT(Chat Generative Pre-Trained Transformer) iaitu sebuah bot sembang yang berfungsi seperti rakan perbualan semulajadi dengan pengetahuan yang luas dalam pelbagai domain maklumat. Peserta boleh menggunakannya dalam pembelajaran untuk memperkaya idea asas bagi sesuatu tugasan namun diingatkan bahawa kemampuan ChatGPT juga masih terbatas dari segi ketepatan maklumat yang dikongsikan. 
 
Petugas membimbing peserta untuk mendaftar akaun ChatGPT dan menunjukkan cara menggunakannya untuk membantu dalam menyelesaikan tugasan pembelajaran subjek Sejarah dan English. Peserta juga boleh menggunakan laman web ChatGPT pada peranti telefon pintar mereka walaupun setelah pulang ke rumah kerana akaun yang telah didaftarkan menyimpan data pengguna dan sejarah carian pengguna untuk kegunaan di lain masa.
 

Gambar Disini

Tarikh             05 Julai 2023
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  PEDi Kampung Baru Nelayan
 Peserta  20 orang

 

Tujuan

Melatih penggunaan terhadap komponen komputer dalam penerimaan pendidikan prasekolah.

Aktiviti

Petugas memulakan pembelajaran dengan memperkenalkan beberapa jenis haiwan laut dan bahagian tubuh badannya pada skrin layar. Para pelajar dikehendaki mengulang sebut nama dan bahagian tubuh badan haiwan-haiwan seperti ikan, penyu, obor-obor, sotong dan udang secara berulang untuk mengukuhkan ingatan mereka.
 
Bagi pemantapan pemahaman, petugas menggunakan permainan pendidikan Quiziz yang memerlukan pelajar mengenalpasti nama haiwan-haiwan yang telah dipelajari. Disamping itu, aktiviti yang dijalankan dapat melatih pelajar untuk memberi perhatian kepada arahan di skrin layar, memilih jawapan pada monitor dan menggunakan tetikus dengan cekap bagi memilih jawapan yang betul.
 

Gambar Disini

Tarikh             04 Julai 2023
 Masa   3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 orang

 

Tujuan

Melatih pelajar menggunakan perisian Microsoft Power Point sebagai medium untuk menyampaikan bahan-bahan ilmiah dalam silibus pembelajaran.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan mengenai Microsoft PowerPoint sebagai perisian yang boleh digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang berkesan. Pelajar didedahkan kepada beberapa fungsinya seperti penyuntingan teks, menambah grafik, media, animasi serta cara menyesuaikan reka bentuk template dan tayangan slaid. Pada akhir pembelajaran, pelajar berjaya menghasilkan bahan pembentangan ilmiah bagi satu topik dari subjek Geografi mengikut kreativiti mereka.
 

Gambar Disini

Tarikh             02 Julai 2023
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 orang

 

Tujuan

Memberikan latihan matematik secara interaktif sebagai pemantapan program STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Aktiviti

Petugas membimbing pelajar untuk melayari laman web ABCYA yang menyediakan pelbagai permainan pendidikan yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Menerusi aktiviti Math Bingo, pelajar diberikan beberapa soalan matematik dan jawapan yang betul perlu dipilih daripada nombor-nombor yang telah terpapar pada papan BINGO yang tersedia. Pelajar boleh menetapkan, tahap permainan antara "easy", "medium" atau "hard".
 
Selain itu, terdapat juga tetapan untuk jenis operasi yang akan dilibatkan dalam semua soalan iaitu penambahan, penolakan, pendaraban atau bahagi. Jika kumpulan jawapan betul yang dipilih oleh pelajar membentuk satu garisan daripada 3 kotak berturut, maka akan terhasil garisan BINGO yang telah disempurnakan.   
 

Gambar Disini

Tarikh             01 Julai 2023
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  Seorang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peranti teknologi semasa.

Aktiviti

Menerusi laman web ABCYA, pelajar diberikan asas mengenal nama peranti elektronik menerusi permainan pendidikan "Find The Technology''. Dengan bimbingan petugas PEDi, pelajar dapat menyempurnakan tugas untuk mencari dan mengenalpasti setiap peranti yang dikehendaki serta mendapat input tentang fungsi setiap peranti. Selain itu, pelajar juga terlatih untuk menggunakan tetikus sebagai komponen asas komputer.

 

Gambar Disini