Tarikh             1 Jun 2023
 Masa   12.00 Tengahari - 1.00 Petang  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  11 Orang

 

Tujuan

Melatih asas menaip dengan struktur jari yang betul.

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada peserta untuk membuka laman web Typing.com yang menyediakan latihan menaip mengikut tahap bermula daripada tahap "Beginner", seterusnya "Intermediate" dan "Advanced". Peserta dilatih untuk menggunakan kedua-dua belah tangan bagi menaip pada papan kekunci. Peserta yang berjaya menjalani semua latihan akan dibawa ke tahap yang seterusnya. Petugas memberi bimbingan dan penerangan agar peserta mengamalkan cara menaip menggunakan kaedah yang betul agar kebiasaan itu akan memudahkan mereka untuk menaip dengan pantas.

Gambar Disini

 Tarikh             1 Jun 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  11 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan secara amali kepada peserta tentang konsep kestabilan dan kekuatan di dalam sains.

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan dan arahan sebelum memulakan aktiviti.

2. Video demonstrasi aktiviti daripada sumber Youtube juga ditayangkan agar peserta lebih faham tentang cara untuk menjalankan amali.

3. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua.

4. Semua kumpulan diberikan bahan untuk aktiviti seperti cawan polisterin, getah dan tali rafia.

5. Peserta dikehendaki untuk membina menara yang paling tinggi dan stabil mengikut kreativiti tanpa memegang cawan menggunakan tangan, namun harus menggunakan getah dan tali yang diberikan sahaja.

6. Kumpulan yang paling pantas dan menghasilkan menara yang paling kukuh dan stabil dikira sebagai pemenang.

Menerusi aktiviti ini, peserta dapat memahami bahawa faktor ketinggian dan luas tapak mempengaruhi kestabilan sesuatu objek dan binaan. Selain daripada pengayaan program STEM, peserta juga dapat melatih sikap kerjasama, kepimpinan serta menunjukkan kreativiti dan daya menyelesaikan masalah.

Gambar Disini

 

 Tarikh             1 Jun 2023
 Masa   10.00 Pagi - 10.30 Pagi  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  11 Orang

 

Tujuan

Memberi peringatan kepada peserta agar seimbangkan kehidupan dunia maya dengan realiti.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan bacaan doa belajar bersama peserta. Petugas memberi advokasi tentang apa yang perlu dilakukan untuk memastikan keseimbangan kehidupan dunia maya dan realiti. Beberapa contoh situasi telah dikongsikan agar peserta lebih faham tentang penerangan yang diberikan. Peserta juga sukarela untuk tampil kehadapan dan membacakan initipati poster yang ditujukkan berkaitan tajuk yang dibincangkan.

Gambar Disini

 Tarikh             1 Jun 2023
 Masa   10.30 Pagi - 11.00 Pagi  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  11 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Internet of Things.

Aktiviti

Penerangan dimulakan dengan pengenalan tentang maksud dan konsep Internet of Things (IoT). Video juga ditayangkan untuk mengayakan lagi pemahaman para peserta terhadap tajuk. Petugas memberikan contoh telefon pintar sebagai peranti yang mengintegrasikan pelbagai konsep IoT kerana ia merupakan alat yang paling sering digunakan oleh para peserta. 

Gambar Disini

 Tarikh             8 Mei 2023
 Masa   10.00 Pagi - 11.00 Tengahari
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Menunjukkan tutorial untuk setup Google Meet pada PC.

Aktiviti

Petugas membimbing peserta untuk membuka laman web gogle meet di Microsoft Edge. Peserta diberi peluang untuk mencuba tiga pilihan yang diberikan iaitu "setup instant meeting" dan  ''create meeting for later". Hasilnya, peserta berjaya membuka google meet pada PC.

Gambar Disini