Tarikh             21 Mei 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Bimbingan asas menggunakan Canva untuk membuat poster.

Aktiviti

Peserta dibantu oleh petugas untuk menggunakan pelbagai elemen yang tersedia pada laman web Canva bagi membuat poster hari ibu. Peserta diberi pendedahan kepada kaedah mudah rekaan iaitu menggunakan template yang sedia ada dan mengubahsuai dengan menambah gambar, elemen atau teks yang bersesuaian dengan tujuan mereka. Hasilnya, setiap peserta berjaya menghasilkan poster hari ibu dan petugas membantu menghantar mesej tersebut kepada para ibu kepada peserta yang terlibat. 

Gambar Disini

 

 Tarikh             20 Mei 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Bimbingan asas menggunakan Capcut untuk membuat video.

Aktiviti

Peserta dibantu oleh petugas untuk menggunakan pelbagai elemen yang tersedia pada laman web Capcut bagi membuat video yang menarik. Antara komponen editor yang dipelajari adalah seperti elemen muat naik gambar dari pelbagai sumber, pemilihan jenis font yang sesuai, pengaplikasian transisi dan kesan khas pada gambar serta penambahan muzik atau kesan bunyi yang sesuai. Pada akhirnya, setiap pelajar berjaya menghasilkan sebuah video yang lengkap.

Gambar Disini

Tarikh             9 Mei 2023
 Masa   9.30 Pagi- 10.30 Pagi
 Lokasi  PEDi Kampung Nelayan
 Peserta  18 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran awal pendidikan asas komputer kepada pelajar umur 4-6 tahun

Aktiviti

Pembelajaran cara bacaan dengan kaedah fonik. Disamping itu, pelajar juga diterapkan dengan kemahiran dalam menggunakan tetikus menerusi kaedah permainan pendidikan. Kemahiran dalam menggunakan tetikus sangat penting dalam penggunaan komputer, justeru itu, pelajar perlulah mahir dalam menggunakan tetikus terlebih dahulu, sebelum memulakan sebarang aktiviti ICT yang lain.
 

Gambar Disini

Tarikh             9 Mei 2023
 Masa   3 Petang - 5.30 Petang
 Lokasi  PEDi Kampung Nelayan
 Peserta  7 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas mengenai aplikasi Tiktok Seller kepada usahawan-usahawan baru.

Aktiviti

Petugas menunjukkan langkah-langkah untuk mendaftar akaun di aplikasi Tiktok yang mampu membantu para usahawan untuk membuat pemasaran dan mendapatkan hasil jualan. Seterusnya, perkongsian kepada para usahawan tentang kebaikan dan pulangan keuntungan apabila berniaga di tiktok. Petugas juga menerangkan tentang kelebihan dalam membuat affiliate bersama tiktok.

Gambar Disini

Tarikh             8 Mei 2023
 Masa   1.00 Petang - 2.00 Petang
 Lokasi  SRA Parit Baru
 Peserta  Orang Awam

 

Tujuan

Majlis jamuan hari raya aidilfitri di SRA Parit Baru yang menyatukan agensi-agensi komuniti setempat.

Aktiviti

Majlis dimulakan dengan bacaan yaasin dan tahlil, kemudian para tetamu dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Disamping itu, para tetamu dapat beramah mesra dengan wakil-wakil daripada agensi-agensi terlibat serta dapat mempromosikan PEDi kepada orang awam.
 

Gambar Disini