Tarikh             18 Februari 2023
 Masa   7.30 Pagi - 1.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Kampung Baru Nelayan
 Peserta  50 Orang

Tujuan

Aktiviti bersama komuniti bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara PEDi dengan agensi-agensi terlibat dan masyarakat setempat.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti senamrobik, Funwalk 10,000 langkah, beberapa acara sukaneka melibatkan semua peringkat umur dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang.
 

Gambar Disini

Tarikh             10 Februari 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  7 Orang

Tujuan

Pembelajaran asas berkenaan ICT dan meningkatkan kemahiran menggunakan tetikus dikalangan pelajar.

Aktiviti

Petugas memberikan pendidikan asas berkaitan komponen komputer dan menggunakan permainan pendidikan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menggunakan tetikus dengan baik.
 

Gambar Disini

Tarikh             8 Februari 2023
 Masa   9.30 Pagi - 10.30 Pagi
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta    18 Orang

Tujuan

Pembelajaran dalam menarik minat pelajar untuk mengenali ICT dengan lebih baik dan berkesan.

Aktiviti

Pembelajaran mengenali numbers dan kaedah mengira dengan betul. Seterusnya, kefahaman pelajar diperkukuh dengan sesi Pembelajaran Pendidikan Atas Talian.
 

Gambar Disini

Tarikh             8 Februari 2023
 Masa   3.00 Petang - 6.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta    2 Orang

Tujuan

Pembelajaran dalam membuat logo perniagaan dan tutorial menggunakan Tiktok kepada usahawan bimbingan.

Aktiviti

Petugas memberi bimbingan kepada usahawan untuk membuat logo perniagaan menggunakan platform Canva dan tutorial menggunakan Tiktok bagi tujuan pemasaran.
 

Gambar Disini

Tarikh             3 Februari 2023
 Masa   3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta    18 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas Microsoft Word kepada pelajar tahun 6 SRA Simpang 4 BNO.

Aktiviti

Pembelajaran Microsoft Word bagi pelajar-pelajar tahun 6 dengan memfokuskan cara-cara membuat minit mesyuarat. Selain itu, petugas juga ada membentangkan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu memfokuskan kepada topik buli siber.
 

Gambar Disini