Tarikh | 07 Ogos 2023 |
Masa | 10.30 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang pengurusan sumber manusia kepada peserta dikalangan majikan atau pekerja.
Aktiviti
Penceramah memulakan kelas dengan memperkenalkan profil diri dan memulakan pengenalan berkaitan topik. Penerangan diteruskan dengan sub-topik seperti akta kerja, akta kanak-kanak / orang muda dan tanggungjawab seorang majikan dan kriteria pekerja yang diiginkan oleh kebanyakan majikan. Disamping itu, penceramah juga mengkaitkan topik perbincangan dengan beberapa senario yang sering berlaku dalam industri yang melibatkan pengabaian tanggungjawab majikan dan kesan kepada pekerja atau majikan sendiri. Sebelum kelas berakhir, penceramah membuka sesi soal jawab untuk memberi peluang kepada peserta menyuarakan beberapa soalan.