Tarikh | 06 Ogos 2023 |
Masa | 2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Pembelajaran membuat slide presentation menggunakan laman web editor Canva.
Aktiviti
Peserta dibantu oleh petugas untuk mendaftar akaun baru dan log masuk ke laman web Canva. Petugas memperkenalkan pelbagai elemen yang tersedia pada laman web Canva untuk menghasilkan bahan pembentangan yang menarik. Antara komponen editor yang dipelajari adalah seperti elemen teks, bentuk, gambar, menetapkan latar belakang dan transisi antara slide. Peserta juga dibimbing untuk mencari dan mengubahsuai templat pembentangan sedia ada untuk disesuaikan dengan tajuk dan kandungan yang ingin dimasukkan oleh peserta.