Tarikh | 14 Julai 2023 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 20 Orang |
Tujuan
Bimbingan untuk mengenal nombor kepada pelajar Tadika Kemas Sri Nakhoda.
Aktiviti
Petugas memulakan pembelajaran dengan bacaan doa bersama para pelajar. Pelajar dipertontonkan dengan video berlagu mengenal nombor 1 hingga 10. Disamping itu, petugas bersama-sama menyebutkan nombor-nombor yang terdapat dalam lagu yang dimainkan dan meminta pelajar menyebut ulang nombor secara bersama-sama.
Seterusnya, petugas memberikan peluang kepada pesert untuk menjawab quiz berkaitan pembelajaran nombor di laman web Kahoot bagi menguji ingatan dan kefahaman pelajar. Selain itu, pelajar juga dibimbing dalam permainan pendidikan "Connect The Dot" pada laman portal ABCYA bagi mengukuhkan kemahiran IT pelajar terhadap penggunaan komputer dan internet.