Tarikh | 18 Julai 2023 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 10 Orang |
Tujuan
Pembelajaran mengenai tips menghadiri sesi temuduga dengan baik dan bersedia.
Aktiviti
Penceramah memulakan sesi bengkel dengan memperkenalkan profil diri beliau. Beliau memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga keterampilan diri ketika menghadiri sesi temuduga. Penceramah juga membincangkan senario dan hal yang sering berlaku ketika sesi temuduga secara fizikal atau di dalam talian. Melalui pembentangan slide power point yang disampaikan oleh penceramah, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan dan juga perkara-perkara yang wajar dielakkan oleh peserta bagi berjaya dalam sesuatu temuduga.
Seterusnya, para peserta ditugaskan untuk menyediakan teks memperkenalkan diri jika menghadiri temuduga, berpandukan tips yang telah dikongsikan sebelumnya. Sewaktu aktiviti "mock interview", beberapa individu terpilih untuk melakonkan simulasi memperkenalkan diri dan menjawab beberapa soalan seperti temuduga sebenar sedang dijalankan.