Terkini #covid19malaysia, 10 Jun

Terdapat dua (2) lagi kluster yang diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Selangor Mansion dan Kluster IPT Sabah.

Ini menjadikan 34 kluster ditamatkan secara keseluruhan.

102741147 10157124618346237 8205520105350984104 o

Tahukah anda, perbuatan seperti

✅ Melambung bayi
✅ Menggoncang bayi
✅ Senaman akrobatik bayi
Adalah sangat bahaya untuk bayi.

Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah. Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus.

Menggoncang bayi atau kanak-kanak kecil boleh menyebabkan otak menhentak dinding tengkorak dan menyebabkan salur darah terkoyak, pendarahan dan otak membengkak.

Kesan lain adalah seperti patah tulang belakang, leher, dan juga kerosakan pada mata.

Shaken baby syndrome (SBS) kerap berlaku pada bayi berumur bawah 2 tahun. Namun ianya boleh berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun.

Kebanyakan kes berlaku pada umur 6 -8 minggu dimana bayi kerap menangis. Penjaga yang stress akibat bayi yang kerap menangis atau untuk melepaskan geram adalah contoh paling kerap mengapa bayi digoncang.

Ada juga menggocang bayi kerana aktiviti fizikal yang kononnya memberikan senaman kepada bayi.

Anda tidak sepatutnya menggoncang bayi dalam apa jua keadaan. SBS adalah satu perkara yang serius dan boleh dikategorikan sebagai penderaan. Jika anda rasakan anak anda merupakan mangsa penderaan SBS, bawa kepada doktor untuk rawatan dan laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang.

 

102291405 2653823104907545 5250010938529658547 o

Terkini #covid19malaysia, 10 Jun
Kes sembuh = 39
Jumlah kes sembuh = 7,014
(Kes baharu positif = 2
Import = 1
Kes penularan tempatan = 1)
Jumlah positif = 8,338
Kes kematian = 1
Jumlah Kes kematian = 118
kes dirawat di ICU = 5

102442891 10157124425231237 6023008123245225147 o

Maklumat satu kematian terbaharu yang menjadikan sejumlah 118 kes kematian akibat #COVID19 di Malaysia, setakat ini.

Kes kematian ke-118 (kes ke-824) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun 2020 jam 7.03 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

102664122 10157124573126237 778505098020519076 o

Jumlah Keseluruhan kes COVID-19 dunia melepasi angka 7 juta dengan kesembuhan kurang dari separuh jumlah kes iaitu 46.66%.

3 negara dengan kes harian tertinggi adalah termasuk Brazil (kira-kira 30 ribu), Amerika Syarikat kira-kira 19 ribu) dan India (kira-kira 10 ribu). Dilaporkan peningkatan kes yang membimbangkan di Brazil kerana rakyatnya tidak mematuhi perintah berkurung.

Senario yang berlaku di Amerika Syarikat, Brazil dan beberapa negara lain menunjukkan kepatuhan rakyat kepada perintah berkurung dan SOP adalah penting mengawal jangkitan. Contoh terbaik ialah New Zealand dan Sweden. Begitu juga di Malaysia, pelaksanaan PKP dan kepatuhan sosial menjadikan trend jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan terus menurun mengikut unjuran KKM.

(Terima kasih rakyat Malaysia) 

103424941 10157124266351237 7748619779932398102 o