Jumlah Keseluruhan kes COVID-19 dunia melepasi angka 7 juta dengan kesembuhan kurang dari separuh jumlah kes iaitu 46.66%.

3 negara dengan kes harian tertinggi adalah termasuk Brazil (kira-kira 30 ribu), Amerika Syarikat kira-kira 19 ribu) dan India (kira-kira 10 ribu). Dilaporkan peningkatan kes yang membimbangkan di Brazil kerana rakyatnya tidak mematuhi perintah berkurung.

Senario yang berlaku di Amerika Syarikat, Brazil dan beberapa negara lain menunjukkan kepatuhan rakyat kepada perintah berkurung dan SOP adalah penting mengawal jangkitan. Contoh terbaik ialah New Zealand dan Sweden. Begitu juga di Malaysia, pelaksanaan PKP dan kepatuhan sosial menjadikan trend jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan terus menurun mengikut unjuran KKM.

(Terima kasih rakyat Malaysia) 

103424941 10157124266351237 7748619779932398102 o