Daripada 27 kes penularan tempatan, 10 kes melibatkan warganegara Malaysia, masing-masing dikesan di 7 buah negeri / wilayah persekutuan.

Putrajaya= 2 (kes baharu)
Melaka= 2
N. Sembilan= 2
Selangor= 1
KL= 1
Perak= 1
Johor= 1

100655232 10157091002951237 6197516561201233920 o

Kes sembuh = 95
Jumlah kes sembuh = 6,330
Kes baharu positif = 30
Jumlah positif = 7,762
Kes kematian = 0
Jumlah Kes kematian = 115
Sebanyak 9 kes dirawat di ICU dan 2 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

100518703 10157090938736237 1838433830197788672 o

Air masak hanya boleh diberi selepas bayi berusia 6 bulan.

Pada usia ini, buah pinggang bayi tidak mampu untuk menangani terlalu banyak air. Pemberian air masak boleh mengakibatkan bayi mengalami air berlebihan didalam tubuh dan mempunyai risiko otak membengkak dan kematian.

Antara gejala bayi yang terlebih air adalah muntah, mengantuk, kelesuan, berpeluh berlebihan, suhu badan rendah, kencing berlebihan iaitu enam hingga lapan kali lampin basah dan harus ditukar dalam tempoh sehari atau muka membengkak serta anggota badan lesu.

Dapatkan rawatan segera sekiranya ada gejala tersebut 

101732779 2643806565909199 7801724989861789696 n

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019:
Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan

Diabetes mengalami peningkatan yang membimbangkan di Malaysia, dari 13.4% pada tahun 2015 kepada 18.3% pada tahun 2019. Malah, mengikut statistik, 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. Diabetes adalah antara faktor utama kepada penyakit kardiovaskular yang merupakan penyebab kematian utama di Malaysia.

Masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun turut mencatatkan peningkatan, dari 17.7% pada 2015 kepada 21.8% pada 2019.

Rakyat perlu diperkasakan untuk menjaga kesihatan masing-masing, mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit serta penyakit berjangkit, termasuklah mengamalkan norma baharu selepas PKPB pasca COVID-19

100051378 10157087829276237 6191123128718983168 o