Maklumat satu kematian terbaharu yang menjadikan sejumlah 118 kes kematian akibat #COVID19 di Malaysia, setakat ini.

Kes kematian ke-118 (kes ke-824) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun 2020 jam 7.03 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

102664122 10157124573126237 778505098020519076 o