Kes baharu = 21
a) melibatkan kes import= 2
b) melibatkan kes penularan tempatan= 19
i) kes warganegara= 12
ii) kes bukan warganegara= 7

PERINCIAN KES WARGANEGARA (21 KES)

WP KL – 7 KES
7 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-199 (kes ke-8498 dan ke-8523) (7 BWN).

SELANGOR – 12 KES
7 kes saringan tahfiz daripada 7 tahfiz (BWN)
2 kes import yang baru pulang dari Indonesia (1 WN & 1 BWN)
1 kes Kluster Lanjut (WN)
1 kes Kluster Warga Emas Kuala Selangor (kontak rapat kepada kes ke-8510) (WN)
1 kes petugas barisan hadapan kontak rapat kepada kes positif COVID19 (kes ke-8513) (WN)

NEGERI SEMBILAN – 1 KES
1 kes saringan Orang Kena Tahan (WN)

SABAH – 1 KES
1 kes saringan komuniti yang berisiko tinggi (WN)

104361128 10157151749366237 318272406852472939 n

Terdapat 1 lagi kluster yang diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Pesantren dan merupakan kluster keempat yang terbesar.

Kluster ini tidak tersebar jangkitanya kepada orang awam kerana kesemuanya dikuarantin sebaik tiba di KLIA.

Ini menjadikan 40 kluster ditamatkan secara keseluruhan.

104408674 10157151837496237 3349752216272328140 n

Status kes aktif dan kumulatif COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 20 Jun 2020. Pertambahan 12 kes baharu hari ini (10 kes tempatan, 2 kes luar negara). Pertambahan 4 kes discaj dan tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini.
Kes Baharu (Tempatan):
2 kes di mukim Tg Karang (1 close contact, 1 saringan tahfiz)
4 kes di mukim Labu (1 close contact, 3 saringan tahfiz)
2 kes di mukim Kapar (2 saringan tahfiz)
1 kes di mukim Kerling (Saringan tahfiz)
1 kes di mukim Tanjong 12(2) (Saringan frontliner bukan kesihatan)
105031525 3014284468655964 7531049233468284581 n

Negara Brazil telah mencapai jumlah kes melebihi 1 juta disebabkan kes harian negara itu pada hari ini naik melebihi 2 kali ganda iaitu 55,209 kes berbanding jumlah kes harian semalam iaitu 23,050 kes.
Negara Malaysia masih berada di kedudukan ke-68 bagi jumlah kes keseluruhan, namun kadar kesembuhan meningkat iaitu 95.21% berbanding semalam 94.55%.

103284799 10157152421841237 1274846810215919709 n

Setiap negara di dunia diuji dengan pandemik COVID-19 termasuk Malaysia. Berlandaskan usaha merealisasikan norma baharu, usaha menghapuskan jangkitan denggi juga perlu diketengahkan dalam norma baharu.

Terdapat peningkatan kes denggi sejak 8 minggu yang lalu dengan purata 8% seminggu. Sejak Januari sehingga 13 Jun, seramai 88 orang telah meninggal dunia akibat denggi.

Berdasarkan trend kes denggi dalam tempoh 5 tahun, KKM menjangkakan GELOMBANG KEDUA denggi bermula awal Jun hingga September 2020.

Bersama kita laksanakan “10 minit hapuskan Aedes” dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar penempatan kita setiap minggu.

103437578 10157140902911237 6992023216283296237 o