Setiap negara di dunia diuji dengan pandemik COVID-19 termasuk Malaysia. Berlandaskan usaha merealisasikan norma baharu, usaha menghapuskan jangkitan denggi juga perlu diketengahkan dalam norma baharu.

Terdapat peningkatan kes denggi sejak 8 minggu yang lalu dengan purata 8% seminggu. Sejak Januari sehingga 13 Jun, seramai 88 orang telah meninggal dunia akibat denggi.

Berdasarkan trend kes denggi dalam tempoh 5 tahun, KKM menjangkakan GELOMBANG KEDUA denggi bermula awal Jun hingga September 2020.

Bersama kita laksanakan “10 minit hapuskan Aedes” dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar penempatan kita setiap minggu.

103437578 10157140902911237 6992023216283296237 o