Situasi terkini 15 Jun 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 41 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,494 kes.

Daripada 41 kes baru, 6 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 32 kes bukan warganegara manakala 3 kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

54 kes telah pulih menjadikan 7,400 pesakit telah pulih dan discaj.

Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 121 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKPP boleh hubungi hotline 03-88882010.

104006040 2507793419323549 1334155293152352506 o