Kanak kanak memang mempunyai sikap dan naluri untuk meneroka. Antara yang sering berlaku adalah mereka memasukkan bendasing ke dalam rongga hidung.

Ibu jangan panik.

Selepas mengesahkan ada bendasing di dalam rongga hidung, ini adalah yang boleh anda lakukan iaitu menggunakan teknik “ Ciuman Ibu”.

1. Cium anak (dari bibir ke bibir) sehingga kedap udara
2. Tutup lubang hidung yang tidak terjejas menggunakan jari
3. Hembus perlahan lahan (di mulut) sehingga ada rintangan. Epiglottis akan tertutup.
4. Kemudian, hembus dengan pantas , tajam dan lebih kuat.

Kajian menunjukkan, 60% ibu berjaya mengeluarkan bendasing di rongga hidung dengan teknik ini.

Jika tidak berjaya, jangan ulang terlalu banyak... bawa terus ke klinik/ hospital. Percubaan terlalu banyak boleh akibatkan anak trauma dan menyukarkan rawatan di hospital

100759423 2648704072086115 7446991194069925888 n