Tarikh 17 Julai 2024
 Masa 4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 1 Orang

 

TUJUAN

Untuk membantu usahawan mencipta alat pemasaran yang berfungsi secara efektif dalam konteks profesional

AKTIVITI

Petugas menerangkan cara - cara mereka cipta kad perniagaan yang profesional menggunakan Canva. Seterusnya, petugas meminta peserta mencipta kad perniagaan dengan memasukkan identiti perniagaan dengan menggunakan unsur tulisan dan gambar.  Akhir sekali, Peserta dapat menyiapkan kad perniagaannya secara profesional menggunakan kreativiti peserta.

Gambar Disini

 

 Tarikh 14 Julai 2024
 Masa 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

TUJUAN

 Pendedahan kepada peserta untuk berfikir secara kreatif.

AKTIVITI

Bagi aktiviti ini, petugas menerangkan cara-cara meniup balon tanpa menggunakan mulut dan pam balon.  Peserta dibekalkan dengan balon, cuka, serbuk soda bikarbonat dan botol kosong untuk aktiviti ini. Peserta diminta untuk memasukkan sedikit cuka kedalam botol kosong dan sedikit serbuk soda bikarbonat kedalam balon.  Seterusnya, peserta diminta untuk memasukkan bukaan balon ke atas bukaan penutup botol untuk memasukkan soda bikarbonat ke dalam botol.  Akhir sekali, balon akan mengembang tanpa ditiup menggunakan mulut kerana percampuran soda bikarbonat dan cuka menghasilkan gas karbon dioksida (CO₂) lalu menyebabkan balon berkembang.

Gambar Disini

 

 Tarikh 13 Julai 2024
 Masa 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

TUJUAN

Untuk memperkenalkan laman sesawang permainan interaktif kepada peserta dan menjadikan pembelajaran tentang pecahan lebih menyeronokkan.

AKTIVITI

Petugas menerangkan mengenai permainan interaktif di laman sesawang https://www.abcya.com/ dan menerangkan cara bermain fraction fling kepada peserta.  Seterusnya, Peserta diminta membuka laman sesawang https://www.abcya.com/games/fraction_fling dan memulakan permainan. Akhir sekali, peserta dapat dinilai kefahaman berkaitan pecahan melalui markah yang diperoleh di akhir permainan.

Gambar Disini

 

 Tarikh 14 Julai 2024
 Masa 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

TUJUAN

Memperkenalkan laman sesawang permainan interaktif yang sesuai untuk pelajar sekolah dan meningkatkan kreativiti serta kemahiran menyelesaikan masalah.

AKTIVITI

Petugas menunjukkan cara permainan Factory Balls di laman sesawang https://www.engineering.com/games/factory-balls/.  Peserta diminta membuka laman sesawang tersebut dan bermain permainan tersebut.  Akhir sekali, dengan permainan Factory Balls peserta dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana untuk memenangi setiap peringkat dalam permainan ini, peserta perlu berfikir secara strategik dan merancang pendekatan yang perlu digunakan

Gambar Disini

 

 Tarikh 13 Julai 2024
 Masa 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

TUJUAN

 Kelas ini diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran menggunakan kompenen komputer menggunakan platform permainan pelajaran atas talian.

AKTIVITI

Peserta mendengar dan melihat tutorial bermain permainan pelajaran secara atas talian yang diberikan oleh petugas. Seterusnya, peserta diberi peluang bermain permainan ABCYA Cup Stacking di laman sesawangan https://www.abcya.com/games/cup-stack-typing-game.  Akhir sekali, peserta dapat meningkat kemahiran menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan permainan cup stacking.

Gambar Disini