Tarikh 12 Jun 2024
 Masa 2.30 Petang -3.30 Petang
 Lokasi NADI BNO
 Peserta 1 Orang

 

TUJUAN

Membimbing usahawan membuat pembayaran caruman perkeso pekerja secara atas talian.

AKTIVITI

Petugas menerangkan cara-cara pembayaran caruman perkeso menggunakan web. Seterusnya, petugas meminta usahawan tersebut membuka laman web perkeso iaitu https://assist.perkeso.gov.my/ms/employer/login dan log in menggunakan alamat email majikan. Langkah seterusnya, petugas meminta peserta memilih nama pekerja untuk membuat pembayaran caruman menggunakan perbankan atas talian.  Dengan adanya pembayaran Perkeso dalam talian, majikan dapat menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Gambar Disini

 

 Tarikh 8 Jun 2024
 Masa 12.00 Tengahari -1.00 Petang
 Lokasi NADI Parit Baharu Baruh
 Peserta 10 Orang

 

Tujuan

Memberi pengenalan mengenai komputer dan fungsinya.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang komponen input, output dan storan serta contoh perkakasan bagi setiap komponen, fungsi perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, CPU, contoh perisian komputer yang membantu pencarian maklumat serta penghasilan bahan multimedia dan dokumen seperti pelayar google, aplikasi zoom dan perisian microsoft. Cara penyampaian pengajaran juga melibatkan respon dari peserta bagi meningkatkan pemahaman dan pengayaan pengetahuan mereka tentang asas komputer.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh 8 Jun 2024
 Masa 10.00 Pagi -11 Pagi
 Lokasi NADI Parit Baharu Baruh
 Peserta 10 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas bahagian dan komponen komputer.

Aktiviti

Petugas memulakan pembelajaran dengan memperkenalkan bahagian komputer seperti input, output serta komponen komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Pelajar diminta mengulang sebut nama komponen dan mengenalpasti bentuk komponen-komponen tersebut untuk aktiviti yang seterusnya. Kemudian, kefahaman dan ingatan pelajar diuji melalui permainan pendidikan quiziz secara dalam kumpulan.
 

Gambar Disini

 Tarikh 8 Jun 2024
 Masa 11.00 Pagi -12.00 Tengahari
 Lokasi NADI Parit Baharu Baruh
 Peserta 10 Orang

 

Tujuan

 Membimbing peserta untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara

Aktiviti

Petugas meminta peserta membuka laman sesawang https://scratch.mit.edu/ dan cari "Catch the Apple Game.  Seterusnya, petugas meminta semua peserta bermain permainan tersebut. Diakhir permainan, petugas memeriksa jumlah epal yang dapat dikumpulkan oleh peserta.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh 04 Jun 2024
 Masa 11.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 1 Orang

 

Tujuan

Memberi bimbingan asas penghasilan "copywriting" Facebook menggunakan teknologi ChatGPT. 

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang kepentingan menggunakan kaedah copywriting yang menarik dalam mempromosikan produk jualan atau perkhidmatan yang diniagakan oleh usahawan pada platform yang sesuai. Peserta dibimbing untuk mendaftar akaun baru ChatGPT dan didedahkan terhadap kaedah untuk menjana contoh copywriting menarik dengan memasukkan input yang diperlukan bagi promosi produk. Setiap peserta berjaya menjana contoh copywriting bagi promosi jualan dan berkongsi dengan peserta lain akan hasil yang mereka perolehi.

 Gambar Disini