Tarikh 2 Julai 2024
 Masa 11.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 1 Orang

 

Tujuan

Membantu usahawan memperbaharui lesen perniagaan SSM.

Aktiviti

Petugas membantu usahawan yang hadir untuk mendaftar akaun EzBiz kerana beliau belum pernah mendaftar akaun Ezbiz.  Akaun EzBiz ini memabantu memudahkan urusan berkaitan permohonan sijil SSM, pembaharuan sijil perniagaan atau kemaskini maklumat berkaitan perniagaan pada portal tersebut. Seterusnya, peserta diajar memperbaharui lesen perniagaan dan membayar secara dalam talian melalui portal tersebut. Peserta memberi kerjasama yang baik dan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan bagi mempercepatkan proses pendaftaran akaun dan pembaharuan lesen perniagaan.

Gambar Disini

 

 Tarikh 21 Jun 2024
 Masa 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 3 Orang

 

 

Tujuan

Membantu usahawan untuk melibatkan diri sebagai Shopee Affiliate.

Aktiviti

Pada permulaan bengkel, petugas memberi penerangan mengenai Program Shopee Affiliate serta kelebihannya. Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial dan membimbing para usahawan untuk membuat pendaftaran bagi menyertai program Affiliate Shopee. Selain itu, peserta juga diberi maklumat tentang prosedur pendaftaran, kriteria pemilihan usahawan yang layak menyertai affiliate dan kadar bayaran kosmisyen yang ditetapkan bagi kaedah jualan oleh affiliate.
 Tarikh 16 Jun 2024
 Masa 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 11 Orang

 

Tujuan 

Memperkenalkan peta Malaysia dan negeri-negeri yang berada dalam Malaysia.

Aktiviti

Petugas memaparkan dan menerangkan negeri-negeri yang ada di dalam peta Malaysia kepada peserta. Seterusnya, Petugas mengarahkan peserta untuk melayari laman sesawang wordwall iaitu https://wordwall.net/ms-my/community/label-peta-malaysia untuk bermain kuiz padankan nama negeri dengan kedudukan negeri dalam peta Malaysia. Akhir sekali peserta diberi 15 minit untuk memainkan permaian ini.  Melalui permainan ini, petugas dapat menilai sejauh mana peserta boleh membaca peta Malaysia dan mengenal kedudukan negeri - negeri dalam peta Malaysia.

Gambar Disini

 

 Tarikh 16 Jun 2024
 Masa 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 11 Orang

 

Tujuan

Pendedahan kepada peserta untuk berfikir secara kreatif.

Aktiviti

Bagi aktiviti ini, petugas menerangkan cara-cara membuat kipas tangan berbentuk tembikai.  Peserta dibekalkan dengan kertas berwarna merah dan hijau beserta pen marker hitam, gunting dan gam untuk aktiviti ini. Peserta diminta untuk melekatkan kertas bewarna merah diatas kertas berwarna hijau dan melukis biji tembikai bewarna hitam diatas kertas tersebut. Seterusnya, kertas tersebut perlu dilipat-lipat untuk dijadikan kipas.  Akhir sekali, kertas tersebut perlu dikembangkan untuk menjadikan kertas tersebut berbentuk bulat.

Gambar Disini

 

 

 Tarikh 15 Jun 2024
 Masa 4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 11 Orang

Tujuan

Memperkenalkan peserta kepada laman web e-pembelajaran di pautan https://wordwall.net/ dan melatih kefahaman peserta terhadap ilmu matematik.

Aktiviti

  1. Petugas meminta peserta melayari laman web https://wordwall.net/about/template/balloon-pop dan memilih permainan "mathematics substraction".  Petugas memberi tunjuk ajar cara bermain math balloon pop. Seterusnya, petugas meminta peserta mula bermain dalam tempoh masa 30 minit.  Akhir sekali, dengan permainan ini, peserta dapat menggunakan tetikus dengan baik dan membina daya tumpuan terhadap sesuatu perkara.
  1. Gambar Disini