Tarikh | 15 Jun 2024 |
Masa | 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 11 Orang |
Tujuan
Membimbing pelajar untuk menggunakan laman web Canva sebagai editor bagi menghasilkan kad digital.
Aktiviti
Petugas memberikan pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada laman web Canva melalui aktiviti membuat kad raya digital sempena Hari Raya Aidiladha. Antara fungsi yang telah dipelajari oleh peserta adalah membuat teks dan bentuk, menukar jenis font, saiz dan warna tulisan, menambah gambar, elemen grafik dan animasi pada rekaan mereka. Pada akhir kelas, semua pelajar berjaya menghasilkan kad raya aidiladha mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh | 15 Jun 2024 |
Masa | 12.00 Tengahari -1.00 Petang |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 11 Orang |
- Tujuan
- Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana roket bergerak dengan menggunakan barang barang yang mudah didapati.
Aktiviti
Para petugas membuka tutorial menghasilkan roket bergerak di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan roket bergerak dengan menggunakan bahan bahan seperti kertas, tali, gunting dan pita pelekat. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana roket bergerak dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.- Gambar Disini
Tarikh | 15 Jun 2024 |
Masa | 10.00 Pagi -11.00 Pagi |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 11 Orang |
Tujuan
Memberi latihan menggunakan tetikus dengan baik.
Aktiviti
Petugas meminta peserta untuk melayari laman web Wordwall dan membuka permainan pendidikan yang berorientasikan penggunaan tetikus iaitu Ejaan nama negeri dalam Malaysia. Menerusi permainan Ejaan nama negeri dalam Malaysia, peserta perlu menyusun huruf yang dipaparkan pada skrin bagi menyelesaikan cabaran pada setiap tahap. Disamping melengkapkan cabaran mereka, para peserta dapat melatih diri untuk menggunakan tetikus dengan lebih cekap.
Tarikh | 15 Jun 2024 |
Masa | 11.00 Pagi -12.00 Tengahari |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 11 Orang |
Tujuan
Menguji tahap kepantasan menaip bagi setiap peserta.
Aktiviti
Tarikh | 15 Jun 2024 |
Masa | 9.00 Pagi -10.00 Pagi |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 11 Orang |
Tujuan
Memberi asas kemahiran komunikasi berkesan terhadap individu.
Aktiviti
Peserta ditayangkan dengan video kemahiran komunikasi oleh pakar. Antara kandungan video yang disampaikan oleh penceramah adalah berkaitan adab dan etiket ketika berkomunikasi dalam suasana atau konteks berbeza, cara penggunaan nada, gaya suara dan laras bahasa yang sesuai, kemahiran penggunaan bahasa tubuh serta beberapa tips komunikasi bagi menonjolkan kredibiliti dan pembawaan diri. Seterusnya beberapa orang peserta diminta kehadapan dan berucap dihadapan yang lain.