WARTAWAN SINAR HARIAN | | 10 April 2020

PUTRAJAYA - Jemaah menteri dalam mesyuarat hari ini membenarkan pembukaan semula sektor tambahan untuk beroperasi dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19.

Senarai sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan:

1. Industri Aeroangkasa

2. Industri Automotif

(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3. Industri Mesin dan peralatan.

4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.

(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja


5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) hanya terhad kepada:

1) perkhidmatan berkaitan guaman

2) aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;

3) makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja;

4) perkhidmatan berkaitan minyak & gas.


6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

#sinarharian 
#IUCNorthernNews
https://t.co/H1S6We72kQ
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

93243673 2431228776977678 7111963923707854848 n

amalkan penjarakkan social, kerap membasuh tangan

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

92601150 2431198190314070 5283070680458330112 o

 
KENYATAAN MEDIA : JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merujuk kepada video yang tular mengenai kononnya kejadian rempuhan warga negara Malaysia yang berlaku di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada 9 April 2020.
 
JIM ingin menjelaskan bahawa video berkenaan adalah suasana latihan kebakaran di BSI yang dilaksanakan pada 18 Disember 2019.
JIM mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat.
 
Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor.
 
DATO’ INDERA KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD
KETUA PENGARAH IMIGRESEN
MALAYSIA
Berikut ialah gambar-gambar situasi semasa lewat malam 9 April 2020.