KENYATAAN MEDIA : JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merujuk kepada video yang tular mengenai kononnya kejadian rempuhan warga negara Malaysia yang berlaku di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada 9 April 2020.
 
JIM ingin menjelaskan bahawa video berkenaan adalah suasana latihan kebakaran di BSI yang dilaksanakan pada 18 Disember 2019.
JIM mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat.
 
Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor.
 
DATO’ INDERA KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD
KETUA PENGARAH IMIGRESEN
MALAYSIA
Berikut ialah gambar-gambar situasi semasa lewat malam 9 April 2020.