Seperti sedia maklum, hanya ketua keluarga atau wakil sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan atau makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk itu, admin kongsikan dengan anda semua mengenai tips yang boleh anda praktikan selepas pulang membeli barangan keperluan atau makanan demi melindungi keluarga tercinta anda. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

#covid19
#stayathome
#dudukrumah
#SihatMilikSelangor

92464049 2822498904501189 1620124241724702720 n

 

KOMPAUN RM1000 SERTA MERTA BERMULA 8 APRIL 2020 JIKA MELANGGAR ARAHAN PKP

Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 serta merta terhadap mereka yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini, 8 April 2020

Tindakan kompaun itu dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324)

#TanyaSITI #MyGCC #MAMPU #JPM

92572787 2697382107050299 4161366656016187392 o
 

Jauhi Stigma. Jangan memandang negatif terhadap pesakit #COVID19 dan keluarga mereka.

Mereka tidak minta dijangkiti.

#MalaysiaBebasCovid19
#COVID19Malaysia
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19 

92323476 2427185790715310 8226484185850707968 o

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata bahawa penularan berita palsu meningkat dan berlegar sepanjang pandemik COVID-19 ini mencerminkan tindakan yang  tidak bertanggungjawab yang sekaligus berupaya untuk menggugat keharmonian awam. Beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap perkara ini lalu menggesa semua pihak menggembleng tenaga bagi membantu kerajaan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Isu penularan berita palsu ini turut dirasai di peringkat global. Dengan pengawasan yang lebih tinggi/ketat mengenai potensi aplikasi komunikasi (mesej peribadi) untuk menyebarkan maklumat palsu dan tidak tepat mengenai wabak Coronavirus, WhatsApp pada Selasa lalu telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan batasan (limitation) baharu dalam penghantaran mesej. WhatsApp yang dimiliki sepenuhnya oleh Facebook Inc. mengatakan bahawa:

  1. Mesej yang telah dikenalpasti sebagai ‘higly forwarded’;
  2. Dihantar melalui rangkaian lima (5) orang atau lebih;
  3. Mesej tersebut akan HANYA boleh dimajukan (forward) kepada seorang SAHAJA

Langkah ini direka untuk mengurangkan kelajuan sesuatu mesej (maklumat) bergerak melalui aplikasi WhatsApp, lantas meletakan kebenaran dan fiksyen pada kedudukan yang lebih baik.

Langkah yang diumumkan ini tidaklah sepenuhnya dapat menghalang ‘widespread forwarding’, kerana pada akhirnya mesej (maklumat) tersebut masih boleh dikongsi bergantung kepada KECEKALAN pengguna untuk menekan butang forward, satu per satu. Pada tahun 2018, WhatsApp mula bereksperimen dengan meletakkan had pada bilangan mesej (maklumat) yang boleh dimajukan (forward) dan menambah ikon dua (2) anak panah untuk menunjukkan bahawa mesej tersebut telah dihantar berulang kali.

 

SUMBER: LAMAN WEB RASMI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
 
p3moe112qx5ijrvbsafo
 
Aktiviti riadah dan social sama sekali tidak dibenarkan  sama ad dikawasan awam ataupon tempat persendirian