Pengumuman Waktu Operasi Terbaru Bagi Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan bermula 24 April 2020 yang akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan #COVID19Malaysia , anda boleh terus berhubung dengan Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan sama ada melalui talian telefon, emel atau whatsapp seperti yang tertera.

Kluster Pesantren dan Madrasah Sungai Lui masing-masing melaporkan 17 dan 10 kes baru COVID-19 pada hari ini. Dua (2) kes baru dilaporkan bagi kluster Sendayan, manakala (1) kes baru dilaporkan di kluster PUI Bali, Petugas Kesihatan Sabah dan Hospital Muar.

Tiada kes baru dilaporkan pada kluster yang lain.

Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.95% diikuti dengan Sepanyol, 7.90% dan Itali, 7.10%.

Jumlah kes di Singapura mencapai 11, 178 kes hari ini dengan 1, 037 kes baharu. Ia adalah 4 hari berturut-turut Singapura mencatatkan kes baharu harian melebihi 1000 kes. 21 kes dari kes baharu tersebut adalah rakyat tempatan Singapura.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang

94077023 10156967847701237 6830808977895325696 o

Terdapat 32 kes baharu dilaporkan di dua lokaliti PKPD iaitu Selangor Mansion (22) dan Kampung Sungai Lui (10).

sumber: CPRC kebangsaan, KKM