Anda telah bersedia untuk merawat tubuh badan?

.

Yoshinori Ohsumi, seorang ahli sains Jepun, dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai AUTOPHAGY iaitu, istilah Yunani untuk "Makan Dengan Sendiriā€.

Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam.

Apabila sedang berpuasa, proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Bukan itu sahaja,sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.

Proses ini dikatakan sangat PENTING untuk mencegah pembentukan sel kanser, mencegah penyakit berjangkit, penyakit imunologi dan gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan parkinson.

Gangguan autophagy juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses autophagy ini dapat diaktif.
.
Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan. Manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa sepanjang bulan ramadhan ini

sumber:publichealthmalaysia

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

93860121 2458073357626553 1868013635037560832 n

Ketika ini, di seluruh dunia.. pelobi syarikat tembakau, vape dan arak sedang hangat punggung kerana produk mereka tidak disenaraikan sebagai bahan keperluan essential yang membolehkan penghantaran dilakukan dengan bebas.

 Produk vape dan rokok dihantar secara senyap dan HARAM disebalik penghantaran produk lain termasuk makanan.

 Beberapa minggu lalu juga telah tular permohonan syarikat pembuatan minuman keras untuk memohon agar operasi mereka di benarkan - sebelum ditumpaska ln oleh netizen dan masyarakat

 Penerbitan beberapa artikel yang mendesak agar produk tembakau disenaraikan dalam produk essential.
.
Ketahuilah, bahawa anda memerlukan paru paru yang baik ketika ini. Merokok mengakibatkan risiko jangkitan covid 19 yang lebih serius.

Pemandu mabuk juga mempunyai risiko merempuh sekatan jalan raya polis dan melanggar perintah PKP.

sumber:publichealthmalaysia
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

93619415 2458065947627294 2604051363193159680 n

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor membatalkan kuarantin rumah yang telah diberikan khusus sebelum ini kepada pekerja Malaysia di Singapura yang mempunyai ujian COVID 19 negatif.

Mulai hari ini, semua warga Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka masa panjang yang memasuki laluan darat daripada Singapura dikehendaki kuarantin selama 14 hari di STESEN KUARANTIN.

sumber:publichealthmalaysia

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

94259887 2458069134293642 6367683663684960256 n

Setiap tahun, dilaporkan hampir 50 ribu pasangan berpisah di Malaysia. Punca utama yang dilaporkan adalah tiada persafahaman dengan pasangan dan suami/ isteri curang.

Isu utama yang membelenggu hampir 17, 359 ribu pasangan merupakan isu kewangan, selain itu gangguan pihak ke tiga ( 6,574) dan keganasan fizikal (4884)

Tiada siapa yang mahu rumah tangga berakhir sebegini, namun dalam beberapa situasi, ia adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Selain pasangan itu sendiri, anak anak merupakan pihak yang menerima kesan besar dari peristiwa tersebut. Kesan utama biasanya berlaku pada tahun tahun pertama perpisahan. Mereka mungkin merasa stress, marah dan hilang kepercayaan.

Dalam kebanyakkan kes, perlahan lahan, mereka bangkit dan mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Setiap kes penceraian adalah unik dan berbeza, oleh itu respon dan proses adaptasi bagi setiap anak anak adalah berbeza.
.
Bagi memastikan mereka tidak menerima impak keterlaluan yang mampu menjejaskan kesihatan mental mereka, sangat penting untuk ibu bapa terus bekerjasama dan cuba untuk membesarkan anak dengan aman serta mengelakkan anak menjadi orang tengah yang terhimpit.

Kekalkan hubungan baik dengan anak dan sedaya upaya untuk membina coping skill mereka untuk menghadapi dugaan mencabar ini.

Perkahwinan mungkin sudah berakhir, namun ingat, kehidupan anak baru sahaja bermula

sumber:publichealthmalaysia

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

94753479 2458063434294212 2353923810882748416 n