Setiap tahun, dilaporkan hampir 50 ribu pasangan berpisah di Malaysia. Punca utama yang dilaporkan adalah tiada persafahaman dengan pasangan dan suami/ isteri curang.
Isu utama yang membelenggu hampir 17, 359 ribu pasangan merupakan isu kewangan, selain itu gangguan pihak ke tiga ( 6,574) dan keganasan fizikal (4884)
Tiada siapa yang mahu rumah tangga berakhir sebegini, namun dalam beberapa situasi, ia adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.
Selain pasangan itu sendiri, anak anak merupakan pihak yang menerima kesan besar dari peristiwa tersebut. Kesan utama biasanya berlaku pada tahun tahun pertama perpisahan. Mereka mungkin merasa stress, marah dan hilang kepercayaan.
Dalam kebanyakkan kes, perlahan lahan, mereka bangkit dan mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Setiap kes penceraian adalah unik dan berbeza, oleh itu respon dan proses adaptasi bagi setiap anak anak adalah berbeza.
.
Bagi memastikan mereka tidak menerima impak keterlaluan yang mampu menjejaskan kesihatan mental mereka, sangat penting untuk ibu bapa terus bekerjasama dan cuba untuk membesarkan anak dengan aman serta mengelakkan anak menjadi orang tengah yang terhimpit.
Kekalkan hubungan baik dengan anak dan sedaya upaya untuk membina coping skill mereka untuk menghadapi dugaan mencabar ini.
Perkahwinan mungkin sudah berakhir, namun ingat, kehidupan anak baru sahaja bermula
sumber:publichealthmalaysi