-tidak menutup dagu
-tidak menutup hidung
-hanya menutup sebahagian hidung
-terlalu longgar
-asik menyentuh permukaan mask
-selalu membuka dan memakai semula
sumber:publichealthmalaysia
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19
'Keluk Epidemik' atau satu chart statistik menggambarkan 'jumlah insiden kes mengikut waktu bermula tercetus jangkitan atau "frequency of cases over time beginning from outbreak".
"Meratakan kelukā pula merujuk kepada proses kawalan penularan virus SARS CoV-2 yang menyaksikan jumlah kes tersebar dan tidak melonjak secara mendadak atau tiba-tiba. Justeru ia membolihkan kemudahan-kemudahan kesihatan, hospital dan wad kecemasan tidak terlalu sesak sehingga tidak dapat menampung jumlah pesakit.
Dengan kata lain, apabila garisan graf makin cepat naik, maksudnya lagi ramai orang yang berjangkit pada masa singkat. Fasiliti rawatan seperti hospital, doktor, jururawat, mesin-mesin kesihatan, akan lebih banyak digunakan sehingga melebihi kapasiti yang ada. Ketika itu, akan ada pesakit yang mungkin tidak dapat menggunakan ventilator di ICU kerana tidak cukup fasiliti tersebut.
'Flattening the curve' atau melandaikan keluk dalam epidemiologi bermaksud satu konsep dan kaedah untuk memperlahankan perebakan jangkitan virus supaya dapat mengurangkan orang yang perlu dirawat dalam satu-satu masa. Ia bukan, secara literal, bermaksud bilangan kes baru akan menjadi kosong.
Adakah ia berkesan?
Ya, ia berkesan. Pada tahun 1918 di Philadelphia, beribu orang mati dalam 48 hingga 72 jam ketika itu akibat global pandemik juga yang dipanggil Selesema Sepanyol atau Spanish Flu. 16,000 orang mati dalam 6 bulan saja. Di satu bandar lain iaitu St. Louis, mereka cepat-cepat menggunakan strategi isolasi iaitu penjarakkan sosial, menggalakkan kebersihan individu, tutup sekolah, mengehadkan pergerakan keluar dan pelbagai lagi. Hasilnya, hanya 2,000 orang saja mati jika dibandingkan dengan Philadelphia.
Maksudnya St. Louis telah berjaya melandaikan keluk atau 'flattened the curve'.
Jadi buat warga Malaysia dan Selangor, itulah apa yang sedang kita lakukan sekarang iaitu berusaha melandaikan keluk supaya ia tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.
Bagi mereka yang DIIZINKAN berpuasa ketika masih menggunakan ubat, pastikan anda tidak lupa atau berhenti makan ubat ya.
Apa yang perlu dilakukan adalah ubah masa pengambilan ubat. Jika ada masalah boleh rujuk dahulu profesional kesihatan terutamanya ahli farmasi untuk penerangan lanjut.
Bagi mereka yang tidak diizinkan berpuasa pula usahlah bersedih. Ada banyak lagi ibadah lain yang boleh dilakakukan sepanjang bulan Ramadan ini.
Semoga kita semua dapat lalui Ramadan kali ini dengan sempurna.
sumber:publichealthmalaysia
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19
Buah kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadan.
Sama seperti buah-buahan lain, kurma juga mengandungi khasiatnya tersendiri. Namun, pengambilannya juga haruslah tidak berlebihan.
1 hidangan buah = 3 biji kurma
sumber: bahagian pemakanan KKM
#Ramadhankareem
#NutritionistKKM
#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19